G3 (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
g3
Muka hadapan g3
Maklumat penerbitan
PenerbitKarangkraf
Tarikh penerbitan2005 – Mei 2013
Watak utamaCodet{maskot majalah G3)

Majalah G3 merupakan sebuah majalah komik berkonsepkan hiburan yang diterbitkan setiap bulan. G3 merupakan majalah komik humor dan kartun yang 70% dipenuhi lukisan kartun dari pelukis komik tanah air. G3 merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia yang dikeluarkan sekali dalam sebulan.

Awal Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Majalah G3 diterbitkan pada Tahun 2005 dengan menampilkan kartunis-kartunis veteran dan baru, ada dari mereka sudah berkecimpung sejak sekian lama dalam arena majalah lucu tanah air.[1]

Asalnya diterbitkan 2 bulan sekali pada harga rm2.50 sebelum diterbitkan sekali sebulan. Pada 2006, majalah G3 pernah digabungkan dengan majalah JOM! bermakna, pada 1 harga rm4.50 boleh mendapat 2 majalah berbeza sekaligus. Dengan muka depan majalah G3, manakala muka belakang pula JOM! tetapi kolaborasi itu tidak bertahan lama apabila G3 dikekalkan dan kembali pada konsep asal iaitu 1 majalah 1 harga, manakala JOM! lenyap ditelan zaman.

Maskot[sunting | sunting sumber]

Pada 2008 G3 muncul dengan maskot tersendiri mereka iaitu CODET, rupanya seakan toyol dan berwarna hijau batang pisang tetapi tidak mencuri.

Segmen-segmen[sunting | sunting sumber]

Pada penulis yang membeli majalah G3 ini pada mula diterbitkan sehinggalah edisi terakhir ia dilancarkan, banyak kenangan-kenangan penulis bersama majalah humor tanah air era moden ini. Antaranya

  • Misterius Grapers
  • Lelaki Belalang
  • Jamal dan Jamil
  • Pabila Binatang Bersuara
  • Emo vs Mazrul
  • Mat Rock Cintan
  • Esha dan Boy
  • The Last Koboi
  • Love @ skool.com
  • Cerekarama-rama
  • Cambest jer
  • Kobis Corner
  • Lima Bintang
  • Ayiep dan Boy
  • Wanted
  • Seram Siot
  • BREK! kriminal/misteri
  • 1 love alien
  • G three planet
  • Bear dan Bob
  • Goreng Seround bersama Bro Jack
  • Pendekar Akop
  • Old skool band
  • Hidup ini indah (bang Zan)
  • MRSM membongkar rahsia silap mata
  • Yo dude
  • Eternal sun
  • Jom jalan-jalan
  • Felda world
  • Ipin balon
  • Rockalogy
  • Aku Suatu Waktu Dahulu
  • Bro Cow mr Chicken
  • Edisi Sia-sia

Komik[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Telah ditamatkan pengeluaran dan keluaran terakhir bulan Mei 2013

Pautan luar[sunting | sunting sumber]