Gabriel García Márquez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gabriel García Márquez
Gabriel García Márquez pada 2002
Info kelahiranGabriel José de la Concordia García Márquez
(1927-03-06)6 Mac 1927
Aracataca, Colombia
Kematian17 April 2014(2014-04-17) (umur 87)
Bandar Mexico, Mexico
WarganegaraColombia
PendidikanUniversiti Cartagena
GenreNovel, cerpen
Pergerakan sasteraLedakan Amerika Latin, realisme magik
Pencapaian ketaraOne Hundred Years of Solitude, The Autumn of the Patriarch, Love in the Time of Cholera
AnugerahTemplat:Awards
PasanganMercedes Barcha Pardo
AnakRodrigo García Barcha, Gonzalo García Barcha


Tandatangan

Gabriel José de la Concordia García Márquez (nama singkatan Gabo) (6 Mac 1927 – 17 April 2014) ialah seorang penulis novel, wartawan, penyunting, penerbit, aktivis politik warganegara Colombia dan penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1982.[3] Gabriel García Márquez menghabiskan sebahagian besar masanya di Mexico dan Eropah. Ketika ini beliau banyak menghabiskan masa beliau Mexico City. Beliau diketahui umum sebagai seorang penulis yang mengenalkan realisme magik (magical realism) dalam hasil penulisan yang telah menjulang kejayaan kesusasteraan dan komersil.

Ramai berpendapat García Márquez berada pada satu tahap yang sama dengan penulis-penulis seperti Boom Latinoamericano; Jorge Luis Borges, Alejo Carpentier, Carlos Fuentes, Mario Vargas Llosa dan Julio Cortázar; juga sebagai seorang penulis terulung abad ke-20.

Gabriel García Márquez ialah bapa kepada pengarah televisyen dan filem Rodrigo Garcia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Kerjaya kewartawanan[sunting | sunting sumber]

Gabriel mula bekerja sebagai seorang wartawan ketika beliua mengaji dalam bidang perundangan di Colombia. Beliau kemudiannya menulis secara berselang-seli antara tahun 1948 and 1949 akhbar El Universal di Cartagena. Lama-kelamaan beliau menjadi seorang kolumnis dari tahun 1950 until 1952 di bawah nama "Septimus" untuk akhbar El Heraldo di Barranquilla.[4][5] Beliau menjawat sebagai wartawan untuk sebuah akhbar harian beribupejabat di Bogotá, El Espectador sebagai koresponden asing di Roma, Paris, Barcelona, Caracas dan Bandar Raya New York. Pengalamannya dalam pekerjaan ini mengilhamkan penulisan novel Relato de un náufrago (Kisah tentang Seorang Pelaut yang Karam) yang mula diterbitkan secara bersiri dalam surat khabar pada 1955.

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

García Márquez mula mengenali Fidel Castro pada Januari 1959. Beliau lama-kelamaan menjadi sahabat dan penyokong kuat kepada beliau; hal ini dikuatkan lagi dengan kecenderungan kuatnya kepada fahaman-fahaman sosialis[6] serta pengalamannya bersama datuknya.[7]

Beliau turut terlibat sebagai seorang pengantara dalam beberapa rundingan damai antara pemerintah Colombia dengan pihak gerilya yang bermaharajalela dan menggugat keselamatan dalam negara tersebut, termasuk pihak pemerintah buangan di Cuba dan Ejército de Liberación Nacional (ELN), pemerintah pimpinan Presiden Belisario Betancur dan Pergerakan 19 April serta antara pemerintah so pimpinan Andrés Pastrana dengan gerilya-gerilya Fuerzas Armadas Revolucionarias de Colombia.[8][9][10]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Pada 1999, beliau diberi diagnosis menderita kanser limfatik. Keadaan ini mendorongnya untuk mulai menulis memoarnya. Memoir ini, Vivir para contarla (Hidup untuk Menceritakan Kisahnya), diterbitkan secara tiga bahagian mula dari tahun 2002; buku ini laku keras dalam dunia bahasa Sepanyol.

García Márquez meninggal akibat pneumonia di usia 87 tahun pada 17 April 2014 di Bandar Raya Mexico.[11][12]

Gaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Sebuah tema umum dalam tulisan-tulisan García Márquez adalah studi tentang usia lanjut dan kematian. Banyak dari karyanya mengandung gambaran tentang usia lanjut, kematian, dan penguburan. Visinya tentang degenerasi kehidupan sangat luar biasa intuitifnya. Namun, kuasa kehidupan dan keinginan untuk mengatasi semuanya itu juga tidak kurang.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

Cerita pendek, novelet dan himpunan cerita[sunting | sunting sumber]

  • Ojos de perro azul (1947)
  • La hojarasca (1947)
  • El coronel no tiene quien le escriba (1967)
  • Los funerales de la Mamá Grande (1962)
  • La increíble y triste historia de la cándida Eréndira y de su abuela desalmada (1978)
  • Doce cuentos peregrinos (1992)
  • The Handsomest Drowned Man in the World (1998)
  • A Country for Children (1998)
  • Memoria de mis putas tristes (2004)

Bukan cereka[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

García Márquez memenangi Hadiah Rómulo Gallegos pada 1972 untuk novel Cien años de soledad. Beliau turut dianugerahi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada 1982 berdasarkan cerita-cerita pendek dan novelnya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c [1] Paris Review - The Art of Fiction No. 69, Gabriel Garcia Marquez. 1981.
  2. ^ a b [2] Paris Review - The Art of Fiction No. 69, Gabriel Garcia Marquez
  3. ^ a b "The Nobel Prize in Literature 1982". Dicapai 18 April 2014. 
  4. ^ Bell 1993, halaman 6
  5. ^ Gerald MARTIN: Gabriel García Márquez: una vida. Nueva York: Knopf Doubleday Publishing Group, 2009; ISBN 0-307-47228-0, 9780307472281.
  6. ^ "Gabriel García Márquez on Fidel Castro, the Soviet Union, and creating "a government which would make the poor happy."". Jacobinmag.com. Dicapai 2017-07-18. 
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan lydaul tidak disediakan
  8. ^ «García Márquez media por la paz», en la BBC de Londres.
  9. ^ Vargas, Alejo, Gabriel García Márquez y la paz colombiana. (dalam bahasa Sepanyol), ElColombiano.com, dicapai 5 February 2008 
  10. ^ García Márquez media por la paz (dalam bahasa Sepanyol), BBC Mundo, 13 March 2007, dicapai 5 February 2008 
  11. ^ "Gabriel García Márquez Dies: Famed Colombian Author And Nobel Laureate Dead At 87 From Pneumonia". Latin Times. 17 April 2014. 
  12. ^ "Garcia Marquez, Nobel Laureate, Dies at 87". Associated Press. 17 April 2014. Diarkibkan daripada asal pada 19 April 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]