Gabrielle Delacour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Harry Potter
Gabrielle Delacour.jpg
Angelica Mandy sebagai Gabrielle Delacour dalam Harry Potter and the Goblet of Fire.
Gabrielle Delacour
Jantina Perempuan
Warna rambut Perang keperakan
Warna mata Biru
Sekolah Beauxbatons
Keturunan Campuran veela
Dilakonkan oleh Angelica Mandy
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire

Garielle Delacour adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter hasil karya J. K. Rowling. Gabrielle bakal menjadi pelajar di sekolah sihir Perancis, Beauxbatons (sekiranya tahun untuk memasuki sekolah adalah sebelas tahun juga - tetapi di dalam filem, beliau sudahpun memakai pakaian seragam sekolah yang menunjukkan dia pelajar Beauxbatons), dan merupakan adik kepada Fleur Delacour, salah seorang wira Kejohanan Ahli Sihir Trio. Umurnya dianggar Harry (dalam Piala Api) tidak lebih dari lapan tahun.


Seperti kakaknya, Fleur, Gabrielle tidak sepenuhnya manusia kerana nenek kedua-dua mereka adalah Veela.

Sepanjang kejohanan berlangsung, Fleur merupakan wira Beauxbatons, Gabrielle terpilih bersama-sama Cho Chang, Hermione Granger, dan Ron Weasley, untuk "ditawan" di dasar tasik sehingga para wira menyelamatkan mereka. Fleur mendapat tugas untuk menyelamatkan Gabrielle, manakala wira lainnya: Harry harus menyelamatkan Ron; Viktor Krum untuk Hermione; dan Cedric Diggory untuk Cho. Dalam tugasan kedua ini, Fleur gagal menyelamatkan Gabrielle tepat pada waktunya kerana dia dihalang oleh Grindylow dan terpaksa kembali ke permukaan. Mujurlah Harry menyelamatkan Gabrielle selain Ron. Perkara ini tak hairan lagi mendatangkan kesan yang besar bagi Gabrielle, yang nampaknya jatuh hati pada Harry. Dalam Putera Berdarah Kacukan, Fleur menceritakan bahawa Gabrielle tidak pernah berhenti bercakap tentang Harry, yang seakan-akan perkara yang sama pernah dilakukan Ginny Weasley dahulu. Fleur juga mengatakan bahawa Gabrielle akan menjadi pengapit pengantin dalam perkahwinan Fleur dengan Bill Weasley.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]