Gabungan Bersatu Sabah
Gabungan Bersatu Sabah United Alliance (Sabah) G.B.S 沙巴团结联盟 | |
---|---|
Pengerusi | Joseph Pairin Kitingan |
Penolong Pengerusi | Maximus Johnity Ongkili Jeffrey Kitingan Joseph Kurup |
Slogan | Perpaduan Orang-Orang Sabah Untuk Sabah |
Diasaskan | 15 Mei 2018 |
Didahului | Barisan Nasional |
Diikuti | Gabungan Rakyat Sabah |
Keahlian | PBS STAR Sabah PBRS UMNO Sabah |
Ideologi | Ketempatan |
Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
Warna rasmi | |
Dewan Undangan Negeri Sabah (2018): | 8 / 65
|
Tapak web | |
www | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Gabungan Bersatu Sabah (Bahasa Inggeris: United Alliance of Sabah) ialah sebuah gabungan tidak rasmi parti politik pembangkang di Sabah yang diasaskan oleh Joseph Pairin Kitingan kerana kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018 di Malaysia. Gabungan parti ini merupakan gabungan baharu bagi Parti Bersatu Sabah (PBS) dan memanggil kesemua calon-calon BN[1] dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diketuai Musa Aman untuk keluar gabungan parti BN-Sabah.[2] Bagaimanapun, parti ini tidak didaftarkan.
GBS diasaskan oleh 4 parti politik di Sabah[3] iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), dan UMNO Sabah yang mempunyai autonomi tersendiri daripada UMNO Pusat di negeri Sabah.
Pada bulan Februari 2020, parti-parti dalam GBS memberi sokongan terhadap Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan pusat yang baharu menggantikan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan. PBRS menyertai semula BN, manakala SAPP dan STAR Sabah menyertai Parti Perikatan Nasional. PBS pula kembali menjadi parti tunggal namun menyokong Perikatan Nasional.
Parti-parti ini kemudiannya bergabung menerusi gabungan masing-masing membentuk Gabungan Rakyat Sabah menghadapi Pilihan raya negeri Sabah pada September 2020.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Kristy Inus (12 Mei 2018). "Sabah BN coalition to be disbanded to pave way for Gabungan Bersatu". NST. Dicapai pada 26 Disember 2020.
- ^ Wartawan NSTP (12 Mei 2018). "PBS keluar BN, bentuk Gabungan Bersatu". BHarian. Dicapai pada 26 Disember 2020.
- ^ Bernama (24 Oktober 2018). "Empat parti politik di Sabah tubuh Gabungan Bersatu Sabah". Utusan Borneo. Dicapai pada 26 Disember 2020.