Konfederasi Bola Sepak Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gabungan Bolasepak Asia)
Konfederasi Bola Sepak Asia
کونفيدراسي بولا سيڤق اسيا
Kerangka
KependekanAFC Sunting ini di Wikidata
Cogan kataThe Future is Asia Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan antarabangsa, pertubuhan penaung, pertubuhan bukan untung Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 47 negara (2019) Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiFIFA Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, bahasa Arab Sunting ini di Wikidata
Tapak webthe-afc.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: theafcdotcom Twitter: theafcdotcom Instagram: theafchub Youtube: UCnj0TjaM0wyxkAWW_nz8_1g Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan8 Mei 1954 Sunting ini di Wikidata di Manila Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiSalman Bin Ibrahim Al-Khalifa Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukFIFA Sunting ini di Wikidata
Subsidiari
Senarai (lihat Kawasan)
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Map
Ibu pejabatKuala Lumpur Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Koordinat3°3′24.5″N 101°40′22.8″E / 3.056806°N 101.673000°E / 3.056806; 101.673000
Kawasan perkhidmatanAsia, Australia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Konfederasi Bola Sepak Asia[1] merupakan badan pentadbiran bola sepak bagi 46 ahlinya, kebanyakan negaranya di Asia. Negara-negara yang mempunyai wilayah di dalam Asia dan Eropah, seperti Turki, Russia, Azerbaijan, Kazakhstan, dan Georgia, juga seperti Israel dan Armenia yang berada di dalam Asia sepenuhnya di bawah pentadbiran UEFA. Sebaliknya Australia yang dulunya bernaung di bawah OFC kini berada di dalam AFC semenjak 2006.

AFC telah ditubuhkan pada 8 Mei 1954 di Manila, Filipina, dan ia merupakan salah satu daripada enam benua/konfederasi FIFA. Ibu pejabatnya terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Presiden AFC terkini adalah Salman Bin Ibrahim dari Bahrain.

Sejarah pembentukan[sunting | sunting sumber]

AFC ditubuhkan secara rasminya pada 5 Ogos 1954 semasa berlangsungnya Sukan Asia. 12 ahli pengasas adalah Afghanistan, Burma (Myanmar), Taipei Cina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Filipina, Singapura, dan Vietnam. Ia secara rasmi diperakukan oleh FIFA pada 21 Jun 1954, sehari selepas Korea Selatan disingkirkan kalah 0-7 kepada Turki di dalam Piala Dunia FIFA 1954.[2]

Kejohanan-kejohanan AFC[sunting | sunting sumber]

Kejohanan yang dianjurkan oleh AFC antaranya ialah Liga Juara-Juara AFC, sebuah kejohanan tahunan yang paling berprestij diperingkat kelab-kelab Asia. Penyertaannya melibatkan juara liga empat belas negara sepak bola terkuat di Asia. AFC juga menganjurkan Piala AFC bagi juara liga dari negara yang berada dirangking ke 15 ke atas.

Bola sepak wanita di Asia[sunting | sunting sumber]

Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia (ALFC) adalah sebahagian daripada AFC yang menguruskan bola sepak wanita di Asia. Kumpulan ini ditubuhkan secara bebas pada bulan April 1968 di dalam sebuah mesyuarat yang melibatkan Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Pada tahun 1986 ALFC bergabung dengan AFC.[3] Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia telah membantu menguruskan Piala Asia Wanita AFC, pertama kali diadakan pada tahun 1975, juga Kejohanan Wanita B-19 AFC dan Kejohanan Wanita B-17 AFC.

Kawasan[sunting | sunting sumber]

AFC dipecahkan kepada empat kawasan.[4] Di bawah menunjukkan pasukan-pasukan kebangsaan Asia dipecahkan mengikut wilayah (tetapi tidak semestinya sebahagian daripada wilayah persekutuan bola sepak mereka). Oleh kerana ada peraturan, contohnya kekangan agama dan budaya, hanya ASEAN dan Asia Timur mencukupkan pasukan bola sepak wanita.

Persekutuan Bola Sepak ASEAN[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Bola Sepak Asia Timur[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Bola Sepak Asia Barat[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Bola Sepak Asia Tengah[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Ranking[sunting | sunting sumber]

Ranking FIFA[sunting | sunting sumber]

Ranking dikira oleh FIFA.

AFC FIFA Negara Mata Pgrkn Wilayah
1 15  Iran 1679.41 +2 CAFA
2 22  Jepun 1631.43 +5 EAFF
3 23  Korea Selatan 1627.38 +1 EAFF
4 31  Australia 1582.27 -2 AFF
5 38  Arab Saudi 1568.39 WAFF
6 41  Uzbekistan 1539.82 +3 CAFA
7 45  Iraq 1521.29 WAFF
8 50  Qatar 1508.39 -1 WAFF
9 52  Emiriah Arab Bersatu 1503.15 WAFF
10 63  Thailand 1479.20 +4 AFF
11 68  China 1457.82 -1 EAFF
12 69  Syria 1454.60 -1 WAFF
13 71  Oman 1449.13 +2 WAFF
14 76  Indonesia 1420.93 AFF
15 80  Jordan 1405.68 WAFF
16 83  Bahrain 1397.11 +3 WAFF
17 84  Kyrgyzstan 1396.47 +1 CAFA
18 88  Vietnam 1370.10 AFF
19 93  Palestin 1351.22 WAFF
20 95  Lubnan 1343.93 +1 WAFF
21 108  Brunei 1295.28 +4 AFF
22 113  India 1272.61 +7 SAFF
23 119  Korea Utara 1250.27 +1 EAFF
24 121  Malaysia 1245.80 -3 AFF
25 127  Filipina 1229.92 AFF
26 128  Tajikistan 1226.28 +1 CAFA
27 135  Hong Kong 1198.66 +1 EAFF
28 136  Turkmenistan 1192.32 +4 CAFA
29 140  Afghanistan 1166.48 -2 CAFA
30 144  Yaman 1154.99 +1 WAFF
31 145  Kemboja 1150.84 +2 AFF
32 151  Kuwait 1121.45 +2 WAFF
33 163  Maldives 1106.27 SAFF
34 164  Taipei Cina 1104.10 EAFF
35 166  Singapura 1098.63 +1 AFF
36 167  Myanmar 1097.25 -1 AFF
37 168  Laos 1094.48 +8 AFF
38 170  Bhutan 1082.39 +3 SAFF
39 173  Nepal 1068.71 +5 SAFF
40 179  Timor-Leste 1021.30 -3 AFF
41 182  Bangladesh 1013.22 +1 SAFF
42 185  Pakistan 1005.58 SAFF
43 186  Mongolia 1001.99 EAFF
44 189  Makau 993.21 +1 EAFF
45 197  Guam 947.27 -3 EAFF
46 198  Sri Lanka 942.75 -1 SAFF
47 205  Kepulauan Mariana Utara 739.10 -3 EAFF

Kemaskini terakhir 24 November 2028 Diarkibkan 2017-10-18 di Wayback Machine

Ranking Pertandingan Kelab AFC[sunting | sunting sumber]

Ranking MA[sunting | sunting sumber]

Ranking dikira oleh AFC .

AFC Negara Mata Pgrkn
1 Emiriah Arab Bersatu UAE 95.94 +1
2 Korea Selatan Korea Selatan 87.48 -1
3 Republik Rakyat China China 86.671 +4
4 Arab Saudi Arab Saudi 84.269 -1
5 Jepun Jepun 83.464 +1
6 Qatar Qatar 82.407 -1
7 Iran Iran 71.851 -3
8 Australia Australia 64.752
9 Uzbekistan Uzbekistan 43.305
10 Thailand Thailand 42.568 +2
11 Iraq Iraq 42.141 -1
12 Tajikistan Tajikistan 30.725 +11
13 Malaysia Malaysia 29.566 +4
14 Hong Kong Hong Kong 29.3
15 India India 29.291 +3
16 Syria Syria 28.983 -3
17 Vietnam Vietnam 27.426 -1
18 Jordan Jordan 25.649 -3
19 Kuwait Kuwait 24.798 -8
20 Bahrain Bahrain 24.337 -1
21 Filipina Filipina 21.405 +4
22 Lubnan Lubnan 21.367 -2
23 Singapura Singapura 17.084 +4
24 Indonesia Indonesia 16.871 -3
25 Myanmar Myanmar 14.753 -1
26 Turkmenistan Turkmenistan 14.163 +3
27 Oman Oman 13.921 -5
28 Maldives Maldives 11.97 -2
29 Negara Palestin Palestin 10.552 -1
30 Korea Utara Korea Utara 7.797
31 Kyrgyzstan Kyrgyzstan 5.68
32 Laos Laos 3.439 +2
33 Bangladesh Bangladesh 3.365 +4
34 Yaman Yaman 3.358 -1
35 Kemboja Kemboja 3.312 +1
36 Taipei Cina China Taipei 2.769 -1
37 Afghanistan Afghanistan 2.454 -5
38 Nepal Nepal 1.228 +1
39 Bhutan Bhutan 0.875 -1
40 Makau Makau 0.815
41 Brunei Brunei 0.564 +1
42 Guam Guam 0.539 -1
43 Timor Leste Timor Leste 0.401
44 Sri Lanka Sri Lanka 0.325
45 Mongolia Mongolia 0.213 +1
46 Pakistan Pakistan 0.188 -1

Ranking kelab-kelab[sunting | sunting sumber]

Ranking dikira oleh AFC.[5]

Kdkn Pgrkn Kelab Mata
1 Republik Rakyat China Guangzhou Evergrande 129.359
2 Arab Saudi Al-Hilal FC 116.000
3 Arab Saudi Al-Ahli SC 91.000
4 Korea Selatan FC Seoul 89.382
5 Jepun Kashiwa Reysol 80.434
6 Qatar Lekhwiya SC 78.755
7 Korea Selatan Jeonbuk Hyundai Motors FC 77.382
8 Emiriah Arab Bersatu Al Ain FC 73.901
9 Iran Esteghlal F.C. 73.131
10 Arab Saudi Al Shabab FC 71.000
11 Arab Saudi Ittihad FC 70.000
12 Uzbekistan FC Bunyodkor 69.516
13 Korea Selatan Pohang Steelers 64.382
14 Republik Rakyat China Beijing Guoan F.C. 64.359
15 Korea Selatan Ulsan Hyundai FC 63.382
16 Emiriah Arab Bersatu Al Jazira Club 59.401
17 Thailand Buriram United F.C. 56.957
18 Iran Sepahan F.C. 55.631
19 Australia Western Sydney Wanderers FC 54.255
20 Kuwait Kuwait SC 53.313

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AFC tidak berkompromi dengan keputusan
  2. ^ "About AFC". The-afc.com. 2007-09-06. Dicapai pada 2010-06-23.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-09. Dicapai pada 2010-06-27.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-16. Dicapai pada 2010-06-27.
  5. ^ "AFC Club Ranking (2012‐2015)" (PDF). the-afc.com. Asian Football Confederation. Dicapai pada 1 December 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]