Gadis Hitam Putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gadis Hitam Putih
PengarahWahyu Sihombing
PenulisN. Riantiarno
Dihasilkan olehHendrick Gozali
Khalid Idris
Ismail Talib
DibintangiFauziah Ahmad Daud
Maria Arshad
Azmil Mustapha
Rosnah Mohd Noor
Lydia Kandou
Deddy Mizwar
Zainal Abidin
Dicky Zulkarnaen
Nyoman Ayu Lenora
Anton Indracaya
Pitrajaya Burnama
Mieke Wijaya
Rina Hassim
Netty Herawati
Dhalia
Disunting olehRizal Asmar
Muzik olehBilly J. Budiardjo
Diedarkan olehPT. Garuda Film
Aniko SDN Bhd
Tarikh tayangan
  • 29 Jun 1986 (1986-06-29) (Malaysia)
Masa tayangan
109 menit
NegaraIndonesia
Pecah panggungRM 307,616.40

Gadis Hitam Putih merupakan sebuah filem usahasama Malaysia dan Indonesia yang diterbitkan pada tahun 1986 yang diarahkan oleh Wahyu Sihombing. Filem ini mula ditayangkan pada 29 Jun 1986 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Lydia Kandou, Deddy Mizwar, Maria Arshad, Azmil Mustapha dan ramai lagi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pengakuan Mira (Rina Hassim) pada perbicaraan gambar lucah Neni Rosalina (Fauziah A. Daud) mengejutkan. Dia mengaku menukar bayi kepunyaan Nelly (Maria Arshad), seorang pelacur, dengan keluarga Mita dan Zainal (Mieke Wijaya dan Zainal Abidin). Dia melakukannya untuk membalas dendam terhadap doktor yang dia cintai tetapi memutuskan hubungan itu atas sebab keturunan. Menurut Mira, Neni yang dibicarakan ialah anak Mita dengan Zainal, manakala Leila (Lydia Kandou) yang dibesarkan oleh keluarga Zainal dan baru berkahwin dengan Johan (Deddy Mizwar) adalah anak Nelly.

Maka keadaan menjadi tidak menentu. Mita dan Zainal mencari peguam untuk membela Neni. Neni diminta tinggal di rumah besar mereka. Di sini Neni sebaliknya meminta segala-galanya seperti yang ada pada Leila, malah memikat Johan. Leila sendiri cuba mendekati Nelly yang masih tidak mahu mengenalinya sebagai seorang anak. Dia juga sering melawat Mira yang semakin tidak waras. Perselisihan faham berlaku apabila Leila melihat Johan di dalam bilik Neni, walaupun niat Johan ingin membangunkan Neni. Leila melarikan diri ke rumah Nelly yang akhirnya mengenalinya sebagai seorang anak. Masalah selesai. Leila dan Johan memilih untuk tinggal berdua. Mira menjadi gelandangan yang gila.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ JB Kristanto, Katalog Film Indonesia 1926-1995, PT Grafiasri Mukti,Jakarta, 1995 hal 287

Pautan luar[sunting | sunting sumber]