Pergi ke kandungan

Gadis Masa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gadis Masa
GenreDrama, komedi romantik cereka sains
PenciptaSyarul Akmal
Ditulis oleh
  • Syarul Akmal
  • Amar Amir
  • Azhar Amirulhisyam
  • Farah Alya As'ari
  • Lyndda Sharudin
PengarahYussuf Yunus
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Masa" oleh Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner[a]
  • Imillya Irwani Roslan[a]
  • Steven Lim Tze Siang[a]
PenerbitArbi Roslan
Penyunting
  • Daniel Mahamad
  • Johan Arif Mazlan
  • Anand Raghavan
  • Izzudin Saedon
  • Yap Hui Ern
LokasiMalaysia
SinematografiRaja Harith Raja Biajid
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran45–50 minit
Syarikat penerbitan
Cinemalaya Studios
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Tayangan ulang di
Astro Ria (Slot DramaVaganza)
22 Oktober 2025 - 13 November 2025
Siaran asal23 Januari 2025 – 13 Februari 2025
Kronologi
MengikutiIfrit
Diikuti olehImpiana: Karma
Pautan luar
Laman sesawang

Gadis Masa ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2025 arahan Yussuf Yunus dengan skrip oleh Syarul Akmal, Amar Amir, Azhar Amirulhisyam, Farah Alya As'ari dan Lyndda Sharudin dan idea asal oleh Syarul Akmal. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mira Filzah dan Tracie Sinidol, siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu dari 23 Januari 2025 sehingga 13 Februari 2025 dengan dua episod baharu ditayangkan setiap Khamis.[1][2][3][4]

Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran Astro Ria di bawah Slot DramaVaganza pada 22 Oktober hingga 13 November 2025 bagi menggantikan siri drama Ifrit dan digantikan oleh siri drama Impiana: Karma.

Mengisahkan tentang pasangan muda, Maya dan Khairi, yang jatuh cinta pandang pertama pada tahun 2014 dan akhirnya berkahwin. 10 tahun kemudian, perkahwinan mereka yang kelihatan bahagia mula goyah apabila Khairi menyatakan keinginannya untuk berpisah. Maya, seorang wanita yang tegas dan teratur, cuba mencari punca masalah. Dari isu kewangan hingga kemungkinan kehadiran orang ketiga, Maya akhirnya menyedari bahawa punca sebenarnya adalah dirinya sendiri.

Dalam usaha menyelamatkan perkahwinannya, Maya secara tidak sengaja menemui sebuah payung misteri yang membawanya kembali ke masa lalu. Dengan harapan untuk membetulkan kesilapannya, Maya menggunakan peluang ini, tetapi setiap percubaan hanya menjadikan keadaan lebih rumit. Pada akhirnya, dia mula menyedari bahawa cinta pandang pertama mereka mungkin tidak sepatutnya berlaku. Untuk kebaikan kedua-dua belah pihak, Maya kembali ke masa lalu untuk menggagalkan perkahwinannya sendiri.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Gadis Masa diarahkan oleh Yussuf Yunus. Ia diumumkan sebagai salah satu daripada 9 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2024 dalam satu sidang media pada 26 April 2024.[8] Ini merupakan drama Viu Originals Malaysia ketiga yang dibintangi oleh Syafiq Kyle selepas Seribu Nina (2022) dan Terlanjur Cinta (2024).

Gadis Masa memulakan tayangan perdana di Viu bermula 23 Januari 2025 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1]

Anugerah dan Pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan Rujukan
2025 Global OTT Awards OTT Original Terbaik Gadis Masa Tercalon

[9]

  1. ^ a b c Untuk Viu.
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Gadis Masa (Viu)". My Infotaip. 23 Januari 2025. Dicapai pada 8 Mac 2025.
  2. ^ Salma, Nisrina (7 September 2024). "Sinopsis Gadis Masa | Viu Original". Viu. Dicapai pada 17 Februari 2025.
  3. ^ Nurul Naqiyah (28 Januari 2025). "Viu Malaysia Membuka Tirai Tahun 2025 Dengan Viu Original Gadis Masa". Siakap Keli. Dicapai pada 8 Mac 2025.
  4. ^ a b c d Dennis Chua (10 Februari 2025). "#SHOWBIZ: Look-alikes Mira and Tracie play time traveller". New Straits Times. Dicapai pada 8 Mac 2025.
  5. ^ Georgie Joseph (30 Januari 2025). "Mira Filzah tidak tertekan ditanya soal zuriat kedua". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2025.
  6. ^ Fatin Nurain Mustaffa Kamal (7 Februari 2025). "Tawaran produksi stesen televisyen selalu tiba saat akhir- Syafiq Kyle". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Mac 2025.
  7. ^ Georgie Joseph (28 Januari 2025). "Sabah tersemat dalam hati". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2025.
  8. ^ Nurul Naqiyah (14 Mei 2024). "Viu Memperkenalkan 9 Drama Baharu Untuk 2024 Dalam Majlis Raya di Kota Bharu". Siakap Keli. Dicapai pada 8 Mac 2025.
  9. ^ "Gadis Masa Tercalon Di Global OTT Awards 2025, Mira Filzah; "Sudah Tentu Saya Terkejut!" | Gempak". gempak.com. 2025-08-23. Dicapai pada 2025-09-03.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Rabu-Khamis, 9:00 malam
Sebelumnya Gadis Masa Berikutnya
Ifrit Impiana: Karma