Gagasan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gagasan Rakyat merupakan sebuah perikatan politik pembangkang di Malaysia yang aktif dari tahun 1990 hingga 1996.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, Parti Melayu Semangat 46, Parti Tindakan Demokratik, Parti Bersatu Sabah, dan Parti Rakyat Malaysia bekerjasama menubuhkan Barisan Rakyat. Mereka turut bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah dalam Pilihan Raya 1990.

Gabungan ini merupakan rentetan daripada kerjasama dalam pilihan raya umum pada tahun 1990. Gagasan Rakyat ini terdiri daripada tujuh parti politik iaitu DAP, Parti Melayu Semangat 46 ( S46 ), Barisan Progresif India (IPF) Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Solidariti Malaysia (MSP), Parti Hisbul Muslimin Malaysia ( Hamim ) dan Kongres India Muslim (KIMMA). Dalam bulan Januari 1995, Gabungan Gagasan Rakyat telah berpecah berikutan penarikan diri oleh parti utama yang menganggotainya iaitu DAP. Pergeseran antara parti-parti itu bermula dalam proses perlantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ia berlaku berikutan ura-ura Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menuntut seorang bumiputera sebagai Ketua Pembangkang yang baru, sekali gus menolak kepimpinan Lim Kit Siang.APU terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46 ( S46 ), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Hisbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). APU ditubuhkan berdasarkan sebuah parti Islam.Berikutan desakan tersebut, Kit Siang menyatakan kesediaan untuk mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai Ketua Pembangkang.