Gagasan Rakyat Sarawak
Penampilan
Gagasan Rakyat Sarawak Sarawak People's Front 砂拉越人民阵线 | |
|---|---|
| Singkatan | GAGASAN |
| Presiden | Dr. John Brian Anthony |
| Diasaskan | 18 Ogos 2022 |
| Didahului oleh | Gagasan Anak Sarawak (GASAK) (2018 – 2025) |
| Ibu pejabat | |
| Akhbar |
|
| Ideologi | |
| Kedudukan politik | |
| Warna | Merah Biru Oren Putih |
| Slogan | Bangkit Bersama, Menuju Sarawak Maju & Sejahtera |
| Dewan Negara: | 0 / 70 |
| Dewan Rakyat: | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 99 |
| Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Gagasan Rakyat Sarawak (juga lebih dikenali sebagai GAGASAN atau dalam bahasa Inggeris Sarawak People's Front) merupakan sebuah gabungan parti politik pembangkang tempatan Sarawak berhaluan kanan yang baru diwujudkan, bagi menggantikan gabungan parti politik terdahulu Gagasan Anak Sarawak (GASAK) yang ditamatkan sepenuhnya pada tahun 2025 susulan kekalahan teruk GASAK pada pilihan raya negeri Sarawak 2021. GAGASAN boleh dikira sebagai sebuah gabungan parti politik yang dapat menandingi jentera kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Matlamat penubuhan GAGASAN
Agenda utama penubuhan Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) adalah untuk :
- Mempertahankan sepenuhnya hak kedaulatan wilayah, hak kemerdekaan wilayah, dan hak autonomi wilayah Sarawak, seperti hak kewarganegaraan rakyat Sarawak, hak imigresen wilayah, hak perairan wilayah Sarawak, hak autonomi kewangan & ekonomi Sarawak, hak autonomi pendidikan & kesihatan, serta hak autonomi pentadbiran awam & kerajaan tempatan Sarawak.
- Mewartakan dan mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah yang berdaulat tanpa mengharapkan sepenuhnya kerjasama kerajaan persekutuan.
- Melaksanakan sepenuhnya sistem pemerintahan kerajaan demokrasi wilayah Sarawak yang baharu, sekaligus mengelakkan perbalahan politik dan percanggahan undang-undang dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Mengiktiraf dan menghormati hak perlembagaan wilayah Sarawak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974), Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958, dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak.
- Mengutamakan hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarawak, tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama masing-masing. Ini termasuk pelaksanaan bantuan khas kewangan rakyat Sarawak, bantuan kewangan penjawat awam negeri, skim perumahan mesra rakyat, inisiatif khas untuk warga emas dan golongan kurang upaya (OKU), bantuan pendidikan percuma untuk golongan miskin, dan sebagainya.
- Melindungi dan mengiktiraf hak golongan kanak-kanak, golongan belia, golongan wanita, dan golongan kurang upaya (OKU) di Sarawak.
- Mengutamakan hal-hal semasa berkaitan pembentukan integriti masyarakat, keharmonian dan perpaduan komuniti, kecekapan perkhidmatan awam Sarawak, keselamatan wilayah Sarawak, dan pembangunan modal insan Sarawak.
- Memperkukuh sosioekonomi bandar dan luar bandar menerusi inisiatif pembangunan ekonomi berasaskan pertanian, komoditi, dan penternakan di Sarawak. Ini termasuk skim penanaman padi, projek penanaman lada hitam & lada putih, skim penanaman nanas & cili merah, projek penanaman biji kopi berkualiti tinggi, projek penternakan haiwan ternakan (seperti ayam, itik, lembu, kerbau, khinzir, ikan, udang, dan sotong), skim penanaman kelapa sawit, dan sebagainya.
- Menghapuskan sepenuhnya sebarang kegiatan jenayah yang berleluasa serta membanteras aktiviti rasuah, salah guna kuasa, dan pengubahan wang haram.
- Memfokuskan pembangunan infrastruktur bandar dan luar bandar di Sarawak, seperti menaiktaraf & menyelenggara kemudahan jalan raya luar bandar, memperbaiki sistem perparitan bandar dan luar bandar, menaiktaraf & menyelenggara kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air, serta memperluaskan sepenuhnya akses internet berkelajuan tinggi (liputan internet 4G dan 5G di Sarawak).
- Mengutamakan pembangunan sains, kejuruteraan moden, teknologi, dan inovasi wilayah Sarawak. Ini termasuk teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI), teknologi berasaskan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable green energy), teknologi inovasi baharu, dan pembangunan teknologi pertanian moden (agrotechnology).
- Memfokuskan pembangunan sektor pendidikan dan pengajian tinggi Sarawak, sektor kesihatan awam, sektor pembangunan sukan Sarawak, sektor perniagaan komersial, sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), dan juga sektor perkilangan & perindustrian di Sarawak.
- Memfokuskan pelaksanaan ekonomi antarabangsa melalui sektor perdagangan dan pengeksportan produk buatan Sarawak ke pasaran antarabangsa.
Organisasi kepimpinan
Lihat juga
- Senarai parti politik Malaysia
- Senarai parti politik di Sarawak
- Gabungan Parti Sarawak
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
- Parti Demokratik Progresif (PDP)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)
- Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
- Parti Bumi Kenyalang (PBK)
- Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI)
- Pakatan Harapan
- Barisan Nasional
