Pergi ke kandungan

Gagasan Sejahtera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gagasan Sejahtera
Harmonious Might
GAGASAN
ݢاݢسن سجهترا
SingkatanGS
Diasaskan16 Mac 2016
Disahkan-
DibubarkanJuny 2020
Didahului olehPakatan Rakyat (PR)
Angkatan Perpaduan Ummah (APU)
Digantikan olehPerikatan Nasional (PN)
Gerakan Tanah Air (GTA)
Ibu pejabatPasir Puteh Kelantan
Sayap belia/pemudaPemuda Gagasan Sejahtera
Keanggotaan
IdeologiDemokrasi Islam, Perpaduan Negara, Keadilan Sosial, Politik Matang & Sejahtera
Kedudukan politikKanan tengah
WarnaHijau
SloganMembina Malaysia Sejahtera"
Tapak sesawanggagasansejahtera.my
Dewan Negara:
4 / 70
Dewan Rakyat:
18 / 222
Dewan Undangan Negeri:
91 / 576
Simbol pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gagasan Sejahtera (GAGASAN) (Jawi: ݢاݢسن سجهترا) merupakan sebuah gabungan parti-parti politik di Malaysia. Gabungan tersebut pada mulanya dikenali sebagai Blok Kuasa Ketiga pada 16 Mac 2016, terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)[1][2][3]. Pada 13 Ogos 2016, pakatan politik tersebut diumumkan secara rasminya dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.[4][5][6][7]. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) telah menghantar penyertaan pada 23 September 2016 dan diisytiharkan menyertai Gagasan pada 30 September 2017.[8][9][10]

Pendekatan

[sunting | sunting sumber]

Pendekatan yang diambil oleh Gagasan Sejahtera ialah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Pendakatan budaya politik ini menjadikan agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu; menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang; politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata; politik damai dan diplomasi yang mana pertentangan ideologi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya; dan politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan.

Parti anggota dan rakan strategik

[sunting | sunting sumber]

Gagasan Sejahtera dianggotai oleh parti-parti politik iaitu PAS, IKATAN[11] dan BERJASA; serta sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan antaranya 200 NGO di bawah Kongres Rakyat, dan individu perseorangan seperti mantan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim [12] dan menjadi satu gagasan baru kepada landskap politik negara yang menekankan budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya[13].

Bendera Nama Ideologi Pemimpin kerusi ditandingi Keputusan 2018 Kerusi semasa
Undian (%) Kerusi Komposisi
Parti anggota
PAS Parti Islam Se-Malaysia Islamisme Abdul Hadi Awang 155 16.642%
18 / 222
18 / 18
IKATAN Parti Ikatan Bangsa Malaysia Demokrasi sosial Abdul Kadir Sheikh Fadzir 1 0.45%
0 / 222
0 / 18
BERJASA Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia Demokrasi Islam Zamani bin Ibrahim 3 0.177%
0 / 222
0 / 18

Pemuda Gagasan Sejahtera

[sunting | sunting sumber]

Selepas setahun PAS dan IKATAN menjalinkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera, pada 18 November 2017 gabungan itu mengumumkan pergerakan sayap pemudanya yang dikenali sebagai Pemuda Gagasan Sejahtera [14] dan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

  1. ^ http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-s-pas-ikatan/2608018.html
  2. ^ http://www.theborneopost.com/2016/03/17/pas-announces-pact-with-ikatan/
  3. ^ http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/16/pas-ikatan-seal-formal-third-force-pact/
  4. ^ Syed Jaymal Zahiid (13 Ogos 2016). "PAS and Ikatan To Form Gagasan Sejahtera". The Malay Mail.
  5. ^ Hafiz Marzukhi (13 Ogos 2016). "Kerjasama PAS-Ikatan: Blok ketiga diberi nama Gagasan Sejahtera". Astro Awani.
  6. ^ Shakira Buang (13 Ogos 2016). "Kerjasama PAS-IKATAN lahirkan Gagasan Sejahtera". Malaysiakini.
  7. ^ Shakira Buang (13 Ogos 2016). "PAS now part of 'Gagasan Sejahtera', to wait and see on Bersatu". Malaysiakini.
  8. ^ AIDCNEWS (23 September 2016). "BERJASA Sertai Gagasan Sejahtera Bersama PAS & Ikatan". Wordpress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29.
  9. ^ NAZIRAH NASRUN (24 September 2016). "PRU14: Berjasa sertai Gagasan Sejahtera". Harakah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29.
  10. ^ ISMA WEB (2 Oktober 2016). "Hanya Gagasan Sejahtera, parti lain belum: Takiyudin". themalaysianmirror.com.
  11. ^ https://www.malaysiakini.com/news/352159
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 2018-04-18.
  13. ^ https://berita.pas.org.my/gagasan-sejahtera-pengisytiharan-nama-pendekatan-dan-teras-perjuangan/
  14. ^ https://www.malaysiakini.com/news/402474

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]