Gaius Marius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar Marius di Carthage yang dilukis oleh John Vanderlyn

Gaius Marius (157 - Januari 86 SM) merupakan seorang Jeneral dan ahli politik yang terkenal di Rom. Marius begitu berpengaruh sehingga menjadi konsul sebanyak tujuh kali. Beliau adalah bapa saudara kepada Julius Caesar dan secara tidak langsung menjadi mentor kepada anak saudaranya. Beliau diberi gelaran "Pengasas Ketiga Rom" setelah menyelamatkan Itali daripada pencerobohan pakatan bala tentera Celt dari Gaul dan Germania yang berlaku antara 102-101 SM. Namun beliau juga terkenal sebagai Consul yang kejam terutamanya beberapa tahun sebelum akhir hayatnya.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Berbanding dengan Caesar, keluarga Gaius Marius tidak mempunyai ikatan dengan ahli Senator. Beliau berasal dari golongan plaebian dan dianggap sebagai novus homo ("manusia baru"), iaitu seorang yang tidak berasal dari keturunan bangsawan atau Senator. Beliau dilahirkan pada sekitar 157 SM disebuah desa di Itali iaitu di Arpinum, yang terletak selatan Latium. Walaupun beliau bukan dari keluarga bangsawan, keluarganya agak berada dan mempunyai perhubungan perniagaan dengan keluarga bangsawan di Rom. Ini memberi peluang kepada beliau sebagai orang luar untuk menembusi kumpulan berpengaruh di Republik Rom tersebut.

Marius sebagai tentera pasukan berkuda[sunting | sunting sumber]

Langkah pertama beliau untuk mencapai cita-citanya ialah dengan memasuki pasukan tentera berkuda Rom pada 134 SM. Dedikasi beliau sebagai seorang tentera di Numantia telah menarik minat tokoh Rom terkenal iaitu Scipio Aemilianus, cucu kepada Scipio Africanus iaitu orang yang paling berkuasa di Rom pada ketika itu. Oleh yang demikian, Scipio menganugerahnya dengan berbagai pingat dan penghormatan sehinggakan dia memberitahu orang ramai bahawa Marius bakal menjadi penggantinya.

bertanding sebagai tribune dan menang. Pada 122 SM beliau menjadi seorang quaestor. Tetapi beliau tewas dalam pertandingan merebut jawatan aedile dan hampir-hampir tewas dalam pertandingan untuk menjadi praetor pada 116 SM. Beliau juga telah didakwa kerana menyuap rasuah dalam pilihan raya sebelumnya. Selepas itu, beliau dihantar ke Sepanyol Luar untuk menentang penjahat bandits di provinsi tersebut.

Strategi politik menjadi Consul[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja Marius pulang, beliau membuat pakatan politiknya dengan mengahwini Julia dari keluarga Caesar: isterinya merupakan ibu saudara diktator yang akan datang iaitu Julius Caesar. Perkahwinan ini telah mula mengukuhkan pengaruhnya di arena politik Rom.

Kemudian beliau kembali dalam alam tentera sewaktu peperangan Jugurthine di bawah Caecilius Metellus, dimana beliau cuba untuk mengatasi komandernya ini. Marius juga telah mendapat sokongan padu tentera bawahannya sehinggakan ramai dari mereka yang percaya beliau patut dipilih sebagai konsul di Rom. Metellus semakin cemburu dengan populariti beliau dan menjadi dingin terhadap Marius. Marius sedar bahawa ketuanya bersama para bangsawan yang lain tidak mahu beliau dipilih sebagai Konsul. Lalu beliaupun berlayar balik ke Rom dan meminta untuk dicalonkan selepas 'menyerang' Metellus di Senat serta berjanji untuk membawa Jugurtha pulang sama ada hidup atau mati.

Oleh kerana kesungguhannya untuk menawan Jugurtha, pihak Populares telah memilihnya sebagai Konsul. Sewaktu itu beliau telah berkongsi kuasa dengan konsul Catulus. Marius tahu bahawa beliau bukan seorang bangsawan tetapi Rom amat bergantung dengan angkatan tenteranya yang kuat. Oleh itu, beliau telah melakukan beberapa reformasi dalam ketenteraan Rom. Langkahnya yang paling drastik ialah dengan membenarkan proletarii atau orang yang tidak berharta sebagai tentera. Tujuannya ialah untuk membuktikan bahawa orang yang miskin juga mampu untuk mencapai darjat yang tinggi. Disamping itu, beliau telah membidas golongan bangsawan dengan mengatakan bahawa adalah lebih baik untuk menjadi seorang yang mahir dari dilahirkan dalam golongan berada.

Selepas itu, Marius pulang Afrika dimana Metellus enggan berjumpanya kerana dia mendakwa Marius cuba mengugat posisinya sebagai ketua. Namun di Afrika kedua-dua Marius dan Metellus, gagal menawan Jugurtha. Tetapi orang yang berjaya melakukannya ialah anak didik serta quaestor Marius sendiri iaitu Lucius Cornelius Sulla. Ini telah mencetuskan persengketaan yang berpanjangan antara beliau dengan Sulla.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rencana mengenai Caius Marius

Riwayat-riwayat Hidup Bangsawan Yunani dan orang Rom oleh Ploutarkhos
Alcibiades dan Coriolanus - Alexander Agung dan Julius Caesar - Aratus & Artaxerxes dan Galba & Otho - Aristides dan Cato yang Lebih Tua - Crassus dan Nicias - Demetrius dan Antony - Demosthenes dan Cicero - Dion dan Brutus - Fabius dan Perikles - Lucullus dan Cimon - Lysander dan Sulla - Numa dan Lycurgus - Pelopidas dan Marcellus - Philopoemen dan Flamininus - Phocion dan Cato yang Lebih Muda - Pompeius dan Agesilaus - Poplicola dan Solon - Pyrrhus dan Gaius Marius - Romulus dan Theseus - Sertorius dan Eumenes - Tiberius Gracchus & Gaius Gracchus dan Agis & Cleomenes - Timoleon dan Aemilius Paullus - Themistokles dan Camillus