Galak tua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Galak tua
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Pandanales
Keluarga: Stemonaceae
Genus: Stemona
Spesies:
S. tuberosa
Nama binomial
Stemona tuberosa
Sinonim[2]
  • Stemona minor Hook.f.
  • Roxburghia moluccana Blume
  • Stemona moluccana (Blume) C.H.Wright
  • Stemona affinis J.J.Sm.
  • Roxburghia gloriosoides Roxb.
  • Stemona gloriosoides Roxb.
  • Roxburghia gloriosa Pers.
  • Roxburghia viridiflora Sm.
  • Roxburghia stemona Steud.
  • Stemona acuta C.H.Wright
  • Stemona gloriosa (Pers.) J.J.Sm.

Galak tua adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Stemonaceae. Ia tempatan dari China, India, tenggara Asia, dan New Guinea.[2][3][4] Ia juga dikenali sebagai ubi kemili, pokok seratus dan pecah kelambu.

Galak tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai umbi yang lembut. Daunnya seakan-akan daun ubi jaga namun bezanya daun galak tua lebih bulat sedangkan daun ubi jaga lebih lonjong. Umbinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Ia mengandungi alkaloid stemona.

Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semisukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

Daunnya ovat hingga suborbikular, pangkal daun kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Perbungaannya menghujung, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

Herba ini berumbi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Umbi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.

Galak tua mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.[perlu rujukan]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Stemona". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 2008-02-12.
  2. ^ a b Kew World Checklist of Selected Plant Families
  3. ^ Loureiro, João de. 1790. Flora Cochinchinensis 2: 404 in Latin
  4. ^ Flora of China Vol. 24 Page 71 大百部 da bai bu Stemona tuberosa Lour.