Galaksi (TV9)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Galaksi merupakan rancangan hiburan di TV9 yang mula disiarkan pada 28 April 2006, iaitu enam hari selepas TV9 mula bersiaran. Rancangan ini bersiaran selama 30 minit pada awalnya, dan dengan perubahan format baru beberapa tahun berikutnya, rancangan ini disiarkan selama satu jam, seperti rancangan Melodi di TV3 yang mula bersiaran sejam secara kekal pada tahun 2005.

Dengan pendekatan berlandaskan berita hiburan, Galaksi mengetengahkan aspek kewartawanan dalam industri hiburan yang adakalanya dipandang remeh oleh masyarakat.

Galaksi meliputi berita dunia hiburan secara telus dan profesional lebih daripada sekadar mensensasikan isu-isu menarik yang menggegar dunia hiburan tanahair.

Sewaktu rancangan ini mula disiarkan, motto yang digunakan ialah "Revolusi dunia hiburan dan estetik arena seni...". Pada tahun 2015, mottonya ialah "Ini bukan program sepi!!...ini GALAKSI....medan sensasi di zon kontroversi!".

Rancangan Galaksi berakhir pada 25 Disember 2015.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini telah dikendalikan oleh beberapa pengacara yang berbeza sepanjang tahun siaran.

  • Serina Redzuawan
  • Nana Mahazan
  • Sazzy Falak
  • Ikhwan
  • Ajak Shiro
  • Yana Shamsuddin

Nas Ahmad juga mengendalikan rancangan ini untuk segmen Terjah yang pernah menjadi sebuah segmen di dalam rancangan Melodi di TV3. Kemudian, ia disiarkan sebagai rancangan individu.