Pergi ke kandungan

Galaksi Pusaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Galaksi Pusaran
epok data pecerapan

Galaksi Pusaran (juga dikenali sebagai Messier 51a, M51a atau NGC 5194) merupakan sejenis galaksi berpilin di buruj Anjing Pemburu (Canes Venatici). Baru-baru ini, jaraknya dianggarkan 23 ± 4 juta tahun cahaya dari galaksi Bima Sakti. Ia adalah salah satu galaksi yang terkenal di langit.[1] Galaksi ini dan jirannya, NGC 5195 boleh diperhatikan dengan mudah oleh ahli falak amatur dan dua galaksi ini mungkin boleh dilihat dengan menggunakan binokular.[2] Galaksi Pusaran juga menjadi sasaran yang popular kepada ahli astronomi profesional untuk mengkajinya bagi memahami secara lebih mendalam tentang struktur galaksi (terutamanya pada struktur pilinnya) dan interaksi galaksi.

  1. Scalzi, John (2003). The Rough Guide to the Universe (Panduan Kasar ke Alam Semesta). Rough Guides. m/s. 250. ISBN 1-85828-939-4.
  2. Nemiroff, Robert (24 Julai 2000). "M51: The Whirlpool Galaxy (M51: Galaksi Pusaran)". Gambar Hari Ini Astronomi. NASA. Dicapai pada 2007-04-22. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. H. Arp (1966). "Atlas of Peculiar Galaxies (Atlas Galaksi Janggal)". Jurnal Tambahan Astrofizikal. 14: 1–20. Bibcode:1966ApJS...14....1A. doi:10.1086/190147.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "arp1966" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: Peta langit 13h 29m 52.7s, +47° 11′ 43″