Galilee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Galilee (nyahkekaburan).
Galilee
Safed, "Ibu kota" bagi Galilee, dilihat dengan Laut Galilee, juga dikenali sebagai Tasik Kinneret menjadi latar belakang.
Sebuah kebun di Galilee Hulu.
Jalan lama dari Rosh Pina ke Safed, Galilee Hulu, Israel.

Galilee (Bahasa Ibrani: הגליל ha-Galil, lit: wilayah, Latin: Galileia, Bahasa Arab: الجليلal-Jaleel), adalah sebuah kawasan luas yang terletak di utara Israel . Ia bertindih dengan kebanyakan kawasan pentadbiran Daerah Utara. Secara tradisinya, ia dibahagikan kepada Galilee Hulu (Bahasa Ibrani: גליל עליון Galil Elyon), Galilee Hilir (Bahasa Ibrani: גליל תחתון Galil Takhton), dan Galilee Barat (Bahasa Ibrani: גליל מערבי Galil Maaravi), merangkumi dari Dan di utara, di kaki Gunung Hermon, sepanjang Gunung Lebanon sehingga ke rabung Gunung Carmel dan Gunung Gilboa di selatan, dan dari Lurah Gelinciran Jordan ke timur merentasi dataran Lembah Jezreel dan Acre ke pantai Laut Mediterranean dan Dataran Pantai di barat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zaman Purba dan Antik[sunting | sunting sumber]

Zaman Pertengahan[sunting | sunting sumber]

Zaman Khilafah Utmaniyyah[sunting | sunting sumber]

Wilayah Vilayet Beirut Uthmaniyyah, termasuk Galilee

Populasi Yahudi di Galilee meningkat dengan mendadak berikutan pengusiran mereka daripada Sepanyol dan kedatangan yang dialu-alukan oleh empayar Uthmaniyyah. Komuniti ini menjadikan Safed sebagai sebuah pusat menenun dan mengeluarkan pakaian antarabangsa, selain menjadi tapak utama bagi pembelajaran Yahudi.[1] Hari ini, Galilee masih menjadi salah sebuah daripada empat kota suci Yahudi dan pusat kabbalah.

Pada pertengahan kurun ke-18, Galilee telah tersepit ditengah-tengah pertikaian antara pemimpin Arab, Zahir al-Umar dengan pihak berkuasa Uthmaniyyah yang berpusat di Damsyik. Zahir memerintah Galilee selama 25 tahun sehingga seorang penyokong Uthmaniyyah, Jezzar Pasha berjaya menakluk wilayah ini pada tahun 1775.

Pada tahun 1831, Galilee yang mana merupakan sebahagian daripada Syria Uthmaniyyah, bertukar tangan dari bawah kekuasaan Uthmaniyyah kepada Ibrahim Pasha dari Mesir sehingga tahun 1840. Semasa tempoh ini, polisi-polisi agresif sosial dan politik telah diperkenalkan, yang mana menyebabkan pemerontakkan Arab 1834. Semasa tempoh pemberontakkan ini, populasi komuniti Yahudi menurun dengan mendadak, ekoran kejadian Perompakan Safed oleh para pemberontak. Pemberontak Arab akhirnya berjaya mengalahkan tentera Mesir. Walaubagaimanapun pada tahun 1838, puak Druze di Galilee melakukan satu lagi pemberontakkan. Pada tahun 1834 dan 1837, gempa bumi yang besar meranapkan hampir keseluruhan bandar dan mengorbankan ramai nyawa. Pada tahun 1866, hospital pertama Galilee, Hospital Nazareth, telah dibina diketuai oleh pendakwah Amerika-Armenia Dr. Kaloost Vartan, dibantu oleh pendakwah Jerman John Zeller.

Pada awal kurun ke-20, Galilee kekal sebahagian daripada Syria Uthmaniyyah. Ia ditadbir sebagai wilayah paling selatan dalam Vilayet Beirut (diwujudkan pada tahun 1888).

Pentadbiran British dan pemerintahan Israel[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Panorama daripada Gunung Ari di Galilee Hulu
Panorama Lembah Harod, terletak di timur Lembah Jezreel

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "The Jewish Agency for Israel". jafi.org.il. Dicapai pada 2015-05-18. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]