Gamatisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gamatisme
PengarahYeop Hitler
Dihasilkan oleh
  • Normashayu Puteh
  • Yuzdaina A. Shukor
Dibintangi
Muzik olehReza Ramsir
Syarikat
penerbitan
Pencil Pictures
Tarikh tayangan
  • 28 Mei 2015 (2015-05-28) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
88 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.3 Juta
Pecah panggungRM 300,000[2]

Gamatisme merupakan sebuah filem seram psikologi Malaysia 2015 arahan Yeop Hitler dan dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Nabila Huda, Ellyas Abdullah, Bubu 1News dan Adeline Tsen. Filem ini mengisahkan mengenai Zara (Nabila Huda), seorang mangsa rogol yang mengalami gangguan aktiviti paranormal selepas menggugurkan bayi perogolnya. Apabila dia berpindah ke hostel kolejnya, rakan-rakannya mula mengalami gangguan yang sama. Zara pula mulai diganggu oleh seorang wanita hamil. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 28 Mei 2015.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Haris (Syazwan Zulkifly), Daniel (Wan Elias), Reen (Adeline Tsen) dan Jojo (Bubu 1News) yang sering mendapat gangguan misteri di hostel mereka, semenjak kehadiran pelajar baru bernama Zara (Nabila Huda).Misteri menyelubungi Zara apabila dia sering diganggu mimpi aneh melibatkan seorang wanita yang mengandung bersama bayinya. Ini menyebabkan Zara berada di dalam kemurungan. Haris yang menyimpan perasaan terhadap Zara cuba mendekati dan menyelami perasaannya.

Reen, rakan sebilik Zara, turut mendekatinya disebabkan rungsing dengan kemurungan Zara. Mereka berempat berangapan bahawa kemunculan wanita misteri di dalam mimpi Zara ada kaitan dengan gangguan-gangguan yang dialami mereka.Sehinggalah suatu malam, sahabat karib mereka, Jojo mati dalam keadaan yang begitu ngeri di dalam bilik air pelajar lelaki. Ekoran itu, hampir semua pelajar meninggalkan kolej demi keselamatan mereka. Pada malam berikutnya, Reen menjadi mangsa seterusnya. Haris dan kekasih Reen, Daniel cuba menyelamatkan Reen namun berlaku perkara yang tidak di sangka-sangka mereka.

Selepas kekecohan itu berlaku Zara dihantar ke Pusat Rawatan Mental di Pulau Pangkor dan selepas 10 tahun itu Zara tidak pulih sepenuhnya yang mengalami gangguan mental. Haris sudah matlamat berlukis dan mendapat ijazah lukisan ingin membuka akademik lukisan. Selepas kematian kekasih Reen Daniel ingin bertaubat dan tidak melakukan hubungan seks lagi[3] Templat:Endspoiler

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menjalani pengambaran sekitar bulan Mei 2014 di Bukit Jelutong, Kuang, Sungai Buloh dan Puncak Alam, Selangor, selama 18 hari.[4]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Mei 2015.

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Pengarah filem ini, Yeop Hitler mensasarkan sekurang-kurangnya suku dari penduduk Malaysia akan menyaksikan filem ini.[5] Filem Gamatisme gagal mendapat kutipan memberangsangkan apabila hanya mendapat kutipan RM 300,464 sepanjang 19 hari tayangan. [6]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Adeline Tsen Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://111.90.137.117/html/movies-info-synopsis.aspx?M_MovieID=1213
  2. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-12.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-12.
  5. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/siapakah-wanita-misteri-itu-1.375972
  6. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2015