Pergi ke kandungan

Gambit Saifullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambit Saifullah
مناورة سيف الله
Kelahiran
Mohd Saifullah bin Rosli

(1985-07-21) 21 Julai 1985 (umur 41)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2006–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)
BapaDatuk Dr. Rosli Mohd Ali

Mohd Saifullah Rosli atau lebih dikenali sebagai Gambit Saifullah (lahir 21 Julai 1985) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.

Beliau telah dikreditkan dengan beberapa peranan lakonan di televisyen termasuk The Hoppers & Ahli Muzik (2008), Awan Dania 3 (2010) dan Shhh... I Love You (2017) serta peranan lakonan di filem termasuk Cinta (2006), Karipap-Karipap Cinta (2011), Hantu Bukit Cina (2014), Paskal (2018), Malbatt Misi Bakara (2023) dan Lagenda Kelam Malin Kundang (2025)

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1985 di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada 7 adik-beradik kepada pasangan pakar kardiologis (pakar jantung) Datuk Dr Rosli bin Mohd Ali.

Gambit terkenal melalui kerja-kerja lakonannya dalam filem aksi dan ketenteraan, dengan peranan yang mencuri tumpuan dalam Paskal (2018) dan Malbatt: Misi Bakara (2023). Komitmennya terhadap seni lakonan mendorongnya untuk berusaha lebih keras dalam setiap peranan yang dilakonkan, termasuk menjalani latihan khas bersama PASKAL, unit elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini bukan sahaja meningkatkan ketangkasannya dalam memerankan watak ketenteraan tetapi juga memberi beliau pemahaman yang lebih mendalam tentang jiwa seorang askar.

Selain daripada peranan berunsur aksi, Gambit juga bermain pelbagai peranan, daripada menjiwai watak seorang Ustaz selebriti yang menyelesaikan kes jenayah dalam Mystic Village hingga seorang lelaki gay yang dahagakan kasih sayang dalam Suamiku Lelaki Pendosa. Beliau memenangi Pelakon Antagonis Terbaik dalam Anugerah Drama Sangat 2023 untuk peranan kontroversial ini. Beliau juga menerima Anugerah Telenovela Jury’s Award untuk Artis Paling Prolifik pada 2024. Fanbase Gambit setia meminatinya dalam lakonan sebagai jejaka idaman dalam filem romantik seperti Shh… I Love You dan Karipap-Karipap Cinta, beliau juga memukau penonton dengan menghidupkan watak antihero dan penjahat seperti dalam Bisik-Bisik Gelora, EDA Alter Naratif, dan Nafsu.

‘Sebagai seorang pelakon, saya mahu menyentuh hati penonton dan membuat mereka berfikir, itu adalah kepuasan terbesar saya.’

Gambit juga telah menerbitkan rancangan pengembaraan seperti The Hoppers dan Ahli Muzik dan Sesat. ‘A life to life traveller’, minat beliau terhadap kisah-kisah hidup dan penerimaan budaya serta kepelbagaian di seluruh dunia mendorongnya untuk mencipta rancangan yang mencerminkan falsafah ini. Pengalaman daripada pengembaraannya itulah yang memberinya empati dan keupayaan yang luar biasa di hadapan kamera.

Di masa depan, Gambit berharap untuk terus bekerja dalam projek-projek yang dapat menggembirakan penonton. 'Tiada method yang tetap dalam cara saya mendekati seni lakonan. Saya mencari apa yang diperlukan oleh sesuatu peranan dari setiap pengarah. Kadang-kadang saya mendekatinya dari aspek teknikal apabila ketepatan diperlukan, seperti dalam PASKAL di mana filem itu berfungsi dengan baik kerana kerjasama ensemble. Pada masa lain, saya mengikuti naluri, mencari fizikaliti watak atau mantera hidup mereka dan menggunakannya untuk mendorong lakonan saya. Dalam Suamiku Lelaki Pendosa, watak saya benar-benar percaya bahawa dia adalah malaikat yang datang antara seorang lelaki dan perempuan. Saya berharap untuk sentiasa membawa keaslian dan kejujuran dalam persembahan saya dan mencipta detik-detik yang tidak akan dilupakan.’ [1]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Antagonis Terbaik Menang
2024 Anugerah Telenovela Jury Award: Most Prolific Artist Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]