Gandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gandar dan roda kereta api yang diletakkan di atas landasan.

Gandar ialah sebatang syaf yang dipasang pada tayar atau gear. Sebatang gandar boleh dipasang tetap pada tayar dan berputar bersama-sama dengan tayar atau dipasang tetap pada kenderaan, di mana hanya tayar sahaja yang bergerak di sekeliling gandar.[1]

Gandar biasanya memiliki bebola bearing yang membenarkan putaran yang dipasang di tempat-tempat tertentu mengikut jenis gandar. Gandar yang dipasang tetap di tayar memiliki bearing di tempat cantuman gandar manakala gandar yang dipasang tetap di kenderaan mempunyai bebola bearing di pusat tayar untuk membenarkan putaran tayar.

Gandar kenderaan[sunting | sunting sumber]

Dalam kenderaan bermotor, gandar disambungkan kepada mesin penggerak kenderaan yang membantu menggerakkan sesebuah kenderaan. Gandar juga disambungkan terhadap stereng yang berfungsi mengawal arah pergerakan kenderaan. Sebatang gandar dicantumkan dengan brek di tayar kenderaan yang membantu menghentikan kenderaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mechanical Engineering design (edisi 9th). McGraw Hill. 2010. m/s. 360. ISBN 0073529281.