Ganet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ganet
Julat zaman: Miosen Awal ke kini 20–0 Ma
Ganet utara di Heligoland
Bunyi burung ganet utara: Grassholm, Wales
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Morus

Vieillot, 1816
Spesies jenis
Pelecanus bassanus
Linnaeus, 1758
Spesies
Sinonim

Moris

Ganet (Jawi: ݢانت) ialah sejenis burung laut dalam genus Morus keluarga Sulidae.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama burung ini meminjam daripada perkataan bahasa Inggeris gannet dijejak semula kepada kata bahasa Inggeris Kuno ganot yang bermaksud "kuat atau maskulin".[1]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama genus burung ini, Morus, datang daripada perkataan bahasa Yunani Purba μωρός moros "bodoh"[2] kerana burung ini tidak takut dan mudah ditangkap dari sarangnya.[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kepala burung ganet kekuning-kuningan dengan paruh yang panjang. Dua biji matanya cukup jauh depan membolehkan penglihatan dwimata menganggarkan jarak dengan tepat.

Badannya berwarna putih. Sayapnya juga putih dengan hujung berwarna hitam.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemburuan[sunting | sunting sumber]

Burung ganet memburu ikan dengan menyelam dari aras langit setinggi 30 meter dan mengejar mangsanya dalam air. Ia mempunyai beberapa kelebihan: ia tidak ada lubang hidung di luar tetapi dalam mulut, ia juga mempunyai pundi udara bawah kulit muka dan dada yang melapik dan mengurangkan kesan hentaman burung itu dengan air.

Burung ganet boleh menghentam air dengan kelajuan sehingga 100 km/j, kelajuan ini membolehkan burung ini menangkap ikan lagi dalam daripada kebanyakan burung yang terbang di udara.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Gambar Nama saintifik Nama umum Taburan
Morus bassanus Ganet utara Utara Lautan Atlantik di pantai-pantai dipengaruhi Arus Teluk.
Morus capensis Ganet tanjung Selatan Afrika di tiga pulau Namibia dan tiga pulau Afrika Selatan
Morus serrator Ganet Australasia Pantai-pantai New Zealand, Victoria, dan Tasmania

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gannet". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  2. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "μωρός". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  3. ^ Jobling, James A (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 260. ISBN 978-1-4081-2501-4.