Ganymede (bulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambar Ganymede oleh pengorbit Galileo.

Ganymede atau Jupiter III merupakan salah sebuah bulan Musytari. Ganymede mempunyai saiz lebih besar daripada planet Utarid. Bulan ini ditemui oleh Galileo Galilei pada 7 Januari 1610.[1] Beberapa kapal angkasa telah melawat Ganymede, yakni Pioneer 10 dan kapal-kapal angkasa Voyager.

Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Ganymede ialah satelit semula jadi terbesar di Sistem Suria dengan diameter 5,268 km, kira-kira 0.41 kali saiz Bumi.[2] Ketumpatan Ganymede ialah 1.936 g/cm3.[3] Albedo Ganymede ialah 43%

Kapal angkasa Galileo telah menemui bahan-bahan bukan air, yakni karbon dioksida, sulfur dioksida dan mungkin sianogen, hidrogen sulfat dan sebatian-sebatian organik.[3] Magnesium sulfat dan natrium sulfat juga ditemui oleh Galileo dan mungkin berasal dari lautan subpermukaan Ganymede.[4] Karbon dioksida tidak dijumpai di kawasan kutub dan hampir semua kawah Ganymede tidak mempunyai pengayaan karbon dioksida, menandakan Ganymede mungkin sudah ketiadaan gas ini pada masa lalu.[5]

Secara umumnya, permukaan Ganymede terbahagi kepada dua jenis, permukaan tua yang gelap dan banyak berkawah dan permukaan muda yang lebih cerah dan memiliki jalinan yang menyeluruh. Permukaan tua melitupi sepertiga daripada permukaan Ganymede.[6]

Teras dan mantel[sunting | sunting sumber]

Bahagian dalaman Ganymede mengalami pembezaan sepenuhnya dengan teras campuran besi dan nikel, dan mantel silikat.[7] Nilai momen inersia Ganymede ialah 0.31 dan merupakan kesan daripada kandungan air yang banyak serta pembezaan penuh bahagian dalamannya.[3]

Teras bulan ini dikatakan memiliki jejari sepanjang 500 km dan tekanan mencecah 10 GPa (99,000 atm).[8][9] Kewujudan teras cecair besi-nikel memungkinkan kewujudan alami medan magnet Ganymede melalui proses perolakan dalam teras.

Lautan subpermukaan[sunting | sunting sumber]

Para pengkaji NASA mula menganggap bahawa terdapat sebuah lautan di bawah lapisan ais permukaan pada 1970-an dan disahkan melalui maklumat daripada kapal angkasa Galileo.[3] Lautan Ganymede dikatakan adalah terbesar di Sistem Suria dan lautan ini disyaki boleh menampung kehidupan.[10][11]

Atmosfera[sunting | sunting sumber]

Bulan ini memiliki sebuah atmosfera oksigen nipis yang terdiri daripada atom dan molekul oksigen serta ozon.[12] Atmosfera Ganymede juga mempunyai sedikit atom hidrogen dan boleh dikesan sehingga 3,000 km dari permukaan bulan.[13] Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ganymede juga memiliki ionosfera.[14]

Magnetosfera[sunting | sunting sumber]

Kapal angkasa Galileo mendapati bahawa Ganymede memiliki momen magnet kekal yang bebas daripada pengaruh Musytari, dengan nilai momen sebanyak 1.3 × 1013 T·m3, tiga kali momen magnet Utarid.[15][16] Ciri ini membolehkan Ganymede memiliki sebuah magnetosfera kecil yang dilingkupi magnetosfera Musytari dan merupakan satu-satunya bulan di Sistem Suria yang memiliki ciri ini.

Diameter magnetosfera Ganymede ialah kira-kira 4–5 RG (RG = 2,631.2 km).[17] Spesis ion utama di sini ialah ion positif oksigen, O+.[14] Di kawasan kutub, medan magnet adalah terbuka, memberi ruang agar Ganymede berhubung dengan ionosfera Musytari.[17]

Orbit dan putaran[sunting | sunting sumber]

Jarak di antara Ganymede dan Musytari ialah 1,070,400 km, bulan ketiga terdekat dengan Musytari dan melakukan satu pusingan lengkap mengelilingi Musytari setiap tujuh hari tiga jam.[18] Kesipian orbit Ganymede adalah rendah dengan nilai purata kira-kira 0.0015. Kecondongan paksi Ganymede adalah antara 0 ke 0.33 darjah.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Galilei, Galileo; translated by Edward Carlos (March 1610). Barker, Peter, penyunting. "Sidereus Nuncius" (PDF). University of Oklahoma History of Science. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2005-12-20. Dicapai 2010-01-13.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ "Ganymede". nineplanets.org. 31 Oktober 1997. Dicapai 2008-02-27. 
  3. ^ a b c d Showman, Adam P.; Malhotra, Renu (1999-10-01). "The Galilean Satellites" (PDF). Science. 286 (5437): 77–84. doi:10.1126/science.286.5437.77. PMID 10506564. 
  4. ^ McCord, Thomas B.; Hansen, Gary B.; Hibbitts, Charles A. (2001). "Hydrated Salt Minerals on Ganymede's Surface: Evidence of an Ocean Below". Science. 292 (5521): 1523–1525. Bibcode:2001Sci...292.1523M. doi:10.1126/science.1059916. PMID 11375486. 
  5. ^ Hibbitts, C.A.; Pappalardo, R.; Hansen, G.V.; McCord, T.B. (2003). "Carbon dioxide on Ganymede". J. Geophys. Res. 108 (E5): 5,036. Bibcode:2003JGRE..108.5036H. doi:10.1029/2002JE001956. 
  6. ^ Patterson, Wesley; Head, James W.; dll. (2007). "A Global Geologic Map of Ganymede" (PDF). Lunar and Planetary Science. XXXVIII: 1098. 
  7. ^ Bhatia, G.K.; Sahijpal, S. (2017). "Thermal evolution of trans-Neptunian objects, icy satellites, and minor icy planets in the early solar system". Meteoritics & Planetary Science. 52 (12): 2470–2490. Bibcode:2017M&PS...52.2470B. doi:10.1111/maps.12952. 
  8. ^ Hauck, Steven A.; Aurnou, Jonathan M.; Dombard, Andrew J. (2006). "Sulfur's impact on core evolution and magnetic field generation on Ganymede" (PDF). J. Geophys. Res. 111 (E9): E09008. Bibcode:2006JGRE..111.9008H. doi:10.1029/2005JE002557. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2008-02-27.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  9. ^ Sohl, F.; Spohn, T; Breuer, D.; Nagel, K. (2002). "Implications from Galileo Observations on the Interior Structure and Chemistry of the Galilean Satellites". Icarus. 157 (1): 104–119. Bibcode:2002Icar..157..104S. doi:10.1006/icar.2002.6828. 
  10. ^ Overlooked Ocean Worlds Fill the Outer Solar System. John Wenz, Scientific American. 4 Oktober 2017.
  11. ^ Griffin, Andrew (13 Mac 2015). "Ganymede: oceans on Jupiter's moon could have been home to alien life". The Independent. Diarkibkan daripada asal pada 2015-03-13. Dicapai 2018-02-19.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  12. ^ Hall, D.T.; Feldman, P.D.; dll. (1998). "The Far-Ultraviolet Oxygen Airglow of Europa and Ganymede". The Astrophysical Journal. 499 (1): 475–481. Bibcode:1998ApJ...499..475H. doi:10.1086/305604. 
  13. ^ Barth, C.A.; Hord, C.W.; dll. (1997). "Galileo ultraviolet spectrometer observations of atomic hydrogen in the atmosphere of Ganymede". Geophys. Res. Lett. 24 (17): 2147–2150. Bibcode:1997GeoRL..24.2147B. doi:10.1029/97GL01927. 
  14. ^ a b Eviatar, Aharon; Vasyliunas, Vytenis M.; dll. (2001). "The ionosphere of Ganymede" (ps). Planet. Space Sci. 49 (3–4): 327–336. Bibcode:2001P&SS...49..327E. doi:10.1016/S0032-0633(00)00154-9. 
  15. ^ Kivelson, M.G.; Khurana, K.K.; dll. (1997). "The magnetic field and magnetosphere of Ganymede" (PDF). Geophys. Res. Lett. 24 (17): 2155–2158. Bibcode:1997GeoRL..24.2155K. doi:10.1029/97GL02201. 
  16. ^ Kivelson, M.G.; Khurana, K.K.; dll. (2002). "The Permanent and Inductive Magnetic Moments of Ganymede" (PDF). Icarus. 157 (2): 507–522. Bibcode:2002Icar..157..507K. doi:10.1006/icar.2002.6834. hdl:2060/20020044825. 
  17. ^ a b Kivelson, M.G.; Warnecke, J.; dll. (1998). "Ganymede's magnetosphere: magnetometer overview" (PDF). J. Geophys. Res. 103 (E9): 19,963–19,972. Bibcode:1998JGR...10319963K. doi:10.1029/98JE00227. 
  18. ^ Miller, Ron; Hartmann, William K. (May 2005). The Grand Tour: A Traveler's Guide to the Solar System (edisi 3rd). Thailand: Workman Publishing. m/s. 108–114. ISBN 978-0-7611-3547-0. 
  19. ^ Bills, Bruce G. (2005). "Free and forced obliquities of the Galilean satellites of Jupiter". Icarus. 175 (1): 233–247. Bibcode:2005Icar..175..233B. doi:10.1016/j.icarus.2004.10.028. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]