Garis nombor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Garis nombor dalam matematik dasar adalah suatu gambar garis lurus di mana setiap titiknya diasumsikan melambangkan suatu nombor nyata dan setiap nombor nyata merujuk pada satu titik tertentu.[1] Sering kali, nombor bulat ditunjukkan dengan lambang titik-titik tertentu yang berjarak sama di sepanjang garis ini.

Misalnya, gambar di bawah ini menunjukkan nombor bulat dari −9 sampai 9. Meskipun demikian, garis ini dapat mencakupi keseluruhan nombor nyata, berkelanjutan tak terhingga di kedua-dua arah, dan juga nombor-nombor tak bertanda yang terdapat di antara nombor-nombor bulat itu. Garis nombor biasanya digunakan sebagai alat bantu dalam mengajar penambahan dan penolakan asas, khususnya yang melibatkan nombor negatif.

Garis nombor

Garis di atas dibahagikan kepada dua belah simetri oleh titik sifar ("asalan") yang melambangkan sifar.

Dalam matematik lanjutan, ekspresi "garis nombor nyata" biasanya dipakai untuk melambangkan konsep di atas, iaitu setiap titik pada garis lurus ini melambangkan satu nombor nyata tertentu, dan sebaliknya.

Menggambar garis nombor[sunting | sunting sumber]

Garis nombor biasanya digambar sebagai suatu garis satah mengufuk. Nombor positif selalu terletak di kanan asalan, dan nombor negatif selalunya di sebelah kiri. Suatu anah panah hujung ditempatkan di kedua ujung untuk menandakan bahwa garis ini akan berlanjut dengan nombor nyata (dilambangkan dengan ) positif dan negatif sampai nilai tak terhingga. Nombor nyata terdiri dari nombor bukan wajar mahupun nombor wajar, yang meliputi pula nombor bulat, integer dan nombor asli.

Sebuah garis yang digambar melalui titik asalan dengan arah tegak lurus dari garis nombor nyata dapat pula digunakan untuk melambangkan nombor khayalan. Garis tegak lurus ini disebut sebagai garis khayalan, dan meluaskan garis nombor menjadi suatu satah kompleks dengan titik-titiknya melambangkan nombor kompleks.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stewart, James B.; Redlin, Lothar; Watson, Saleem (2008). College Algebra (ed. 5th). Brooks Cole. m/s. 13–19. ISBN 0-495-56521-0.