Gasing buku benang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gasing Buku Benang merupakan sejenis gasing yang dihasilkan daripada buku benang yang tidak lagi digunakan.

Gasing ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang menghasilkannya sendiri daripada bekas buku benang. Untuk menghasilkan gasing buku benang, buku benang (bahagian tengah dalam gelendung benang, dahulunya dihasilkan daripada kayu) yang telah habis digunakan akan di ambil. Buku benang tersebut kemudiannya akan dipotong di bahagian tengahnya sama tinggi secara menegak. Oleh itu, setiap buku benang boleh menghasilkan dua gasing.

Selepas itu pensil akan dimasukkan ke dalam lubang yang telah tersedia di tengah buku benang sebagai paksi, dan ia boleh dimainkan sebagaimana gasing biasa yang lain.