Gasing piring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gasing piring merupakan sejenis gasing yang bentuknya pipih dan melebar. Semakin pipih gasing itu, semakin lama ia berputar. Pada kebiasaannya ia mempunyai simpal logam, biasanya timah. Gasing piring ini banyak terdapat di Kelantan.

Gasing ini dimainkan dalam 2 bentuk samaada dengan memangkah atau lama berpusing, atau gabungan keduanya.

Mengangkat gasing[sunting | sunting sumber]

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat.

Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dalam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.