Gasing uri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, ataDDNKBN JKN.FJVNA.JN MNDVAKLSN KN .NJKNADHNLKJ,mDAu plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 3 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.

Cara permainan gasing Uri di Kelantan[sunting | sunting sumber]

Gasing uri biasanya dimainkan dengan kaedah pertandingan antara dua kumpulan biasanya melibatkan dua kampung samada di daerah yang sama atau berlainan. Pada kebiasaannya terdapat kampung lain yang akan cenderung untuk membantu kampung yang dianggap sekutu dalam permainan ini. Setiap kumpulan biasanya akan mempertandingan tujuh set gasing uri untuk satu permainan. Untuk permainan gasing ini, gasing yang dililit dengan tali akan dilempar ke atas bong ( tempat gasing mendarat diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih kurang 2 kaki persegi)dan dengan cepat sorang tukang cokak akan menceduk gasing dengan menggunakan penceduk daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopak (tempat gasing berputar) dan sedikit pelincir diberi. Format permainan ialah setiap kumpulan akan bergilir-gilir melempar (putar) gasing uri sehingga habis tujuh set masing-masing. KDNKLANVJKBKJBJNNLKNLMM,NAm nlcn nkmlknjicas kjbjhbadsjbkgcaK.JNJumpulan yang mempunyai gasing paling lama berputar akan memenagi permainan tersebut (gasing uri biasanya berputar lebih kurang 2 jam). Untuk setiap pusingan pertandingan (satu hari) bisanya ada 5 permainan, semuanya bergantung kepada perbincangan antara dua pihak. Permainan yang paling penting ialah game terakhir kerana kemenangan pada game terakhir akan menobatkan pasukan sebagai juara dan akan menjadi tuan rumah untuk pusingan seterusnya sehingga pasukannya kalah barulah tuan rumah bertukar. Pasukan yang kalah berturut-turut selama 7 pusingan dikehendaki menbayar ufti berupa 7 set gasing uri lengkap. Permainan biasanya dilangsungkan dua minggu sekali dan melibatkan tempoh masa selama 2 tahun atau bengantung pada perbincangan antara kedua-dua pihak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]