Gat (topi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gat (topi)
Nama Korea
Hangul
Perumian Semakangat
McCune–Reischauerkat

Gat ialah sejenis topi tradisional Korea yang dipakai oleh lelaki bersama dengan hanbok (pakaian tradisional Korea) pada zaman Joseon. Ia dibuat daripada bulu kuda dengan bingkai buluh dan sebahagiannya berwarna hitam telus.

Kebanyakan gat berbentuk silinder dengan pinggiran lebar pada bingkai buluh. Sebelum akhir abad ke-19, hanya lelaki kelas bangsawan yang boleh memakai gat, yang mewakili status sosial mereka dan melindungi sanggul mereka (Hangul상투; RRsangtu).

Semasa zaman Joseon, gat hitam (Hangul흑립; Hanja黑笠; RRheungnip) hanya khusus untuk lelaki yang telah lulus peperiksaan gwageo. Orang biasa memakai jenis yang disebut paeraengi (패랭이) yang ditenun daripada serat buluh.[1]

Artisan yang membuat gat dipanggil ganniljang (갓일장) dalam bahasa Korea, daripada perkataan gannil ( 갓일 "pembuatan topi") + jang (Hangul; Hanja "tukang, penghasil kraf").

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "패랭이". naver.com. Dicapai pada 2 November 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]