Gallia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gaul)
Jump to navigation Jump to search
Peta Gaul di sekitar 58 SM

Gallia (Bahasa Perancis: Gaule, Bahasa Belanda: Gallië, Bahasa Jerman: Gallien, Bahasa Inggeris: Gaul) ialah kawasan Eropah Barat[1] yang kini terangkum oleh Itali utara, Perancis, Belgium, Switzerland barat, dan sebahagian Belanda dan Jerman di tebing barat sungai Rhine; kawasan purba ini melitupi seluas 494,000 km2 (191,000 bt2).[2]

Dalam bahasa Inggeris, perkataan Gaul juga merujuk kepada penduduk Celt di kawasan itu pada zaman kuno, tetapi orang Gaul tersebar luas di Eropah sesampai masa Rom, dan bertutur dalam bahasa Gallia (bahasa terbitan daripada bahasa Celt yang awal). Selain daripada orang Gaul, terdapat juga orang-orang lain yang tinggal di wilayah yang kini merupakan Itali utara, umpamanya orang Lepontii yang menetap di lereng selatan Pergunungan Alp Itali, Raetia.

Orang-orang Gaul di bawah Brennus menjarah Rom pada sekitar 390 SM. Di dunia Aegia, satu penghijrahan yang besar termuncul di Thrake di utara Yunani pada 281 SM. Brennus, satu lagi ketua Gaul yang mengetuai sepasukan tentera yang besar untuk mencemarkan Kuil Apollo, berpatah balik pada saat-saat terakhir — beliau dikatakan menjadi bimbang disebabkan petanda-petanda guruh dan kilat. Pada waktu yang sama, sekumpulan penghijrah Celt yang terdiri daripada lebih kurang 10,000 pejuang, bersama-sama dengan keluarga dan abdi mereka, melalui Thrake. Tiga puak Gaul menyeberangi dari Thrake ke Asia Minor atas jemputan Nicomedes I, raja Bithynia, yang memerlukan bantuan dalam perjuangan dinasti terhadap adiknya. Akhirnya, mereka menetap di Phrygia timur dan Cappadocia di Anatolia tengah, sebuah kawasan yang mulai dari saat itu dikenali sebagai Galatia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kemunculan[sunting | sunting sumber]

Pertembungan dengan orang Rom[sunting | sunting sumber]

Penaklukan Romawi[sunting | sunting sumber]

Ketibaan bangsa Frank[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Polybius: Histories
  2. ^ Arrowsmith, Aaron (1832). A Grammar of Ancient Geography,: Compiled for the Use of King's College School. Hansard London 1832. m/s. 50. Dicapai pada 21 September 2014. gallia .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Zaman Purba Klasik mengikut kawasan
Afrika | Balkan | Britain | Mesir | Gallia | Germania | Yunani | Iberia | Itali