Gayong
| Gayong | |
|---|---|
| Pengarah | Faisal Ishak |
| Penulis | Naza Manas |
| Cerita oleh | Eric Ong |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Harris Hue Abdullah |
| Disunting oleh | Hafeez Mohd Noor |
| Muzik oleh | Leonard Yeap |
Syarikat penerbitan | SOL Pictures |
| Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 7 juta [1] |
| Pecah panggung | RM 4.11 juta |
Gayong ialah sebuah filem aksi drama biografi Malaysia 2025, mengenai kisah pengasas Silat Gayong dari Perak, Datuk Meor Abdul Rahman. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak. Ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.[2] Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei 2025.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Gayong mengisahkan perjalanan hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, yang tidak hanya mempertahankan maruah bangsa di gelanggang persilatan, tetapi juga bangkit mempertahankan tanah air ketika negara diancam oleh penjajah. Bermula dari zaman British lewat 1930-an, beliau berhijrah ke Singapura untuk merantau kemudian bekerja sebagai mekanik dalam tentera British Singapura, diikuti zaman penjajahan Jepun ketika pada masa sama, beliau perkembangkan Silat Gayong kepada luar sana meskipun pelbagai cabaran.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Beto Kusyairy sebagai Meor Abdul Rahman, pengamal Silat dari Taiping, Perak berhijrah ke Singapura untuk bekerja
- Nabila Huda sebagai Che Som, isteri kepada Meor
- Syafie Naswip sebagai Mat, adik Che Som, adik ipar kepada Meor
- Yayan Ruhian sebagai Wak Kusang, pendekar Pulau Sudong (beliau bertindak sebagai koreografi seni Silat dan aksi)
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Eric Chen sebagai Master Chan, pengajar seni bela diri kung fu
- Hiromitsu Takeda sebagai Yamada, Pegawai tentera Jepun
- Shannon Wiratchai sebagai Worawut, pemain Tomoi dari Thailand
- Nasir Jani sebagai Penghulu Haron
- Wan Raja sebagai Talib
- Anas Ridzuan sebagai Yunos
- Shah Kimin sebagai Mat Resad
- Vincent Kellsey sebagai Lt. Kol Pope
- Daniel Gan sebagai Tony
- Peter Davis sebagai Harry
- Mark O'Dea sebagai Tim
- Henzi Andalas sebagai Yusof
- Naza Manas sebagai Penghulu Sarman
- Nesa Idrus sebagai Siti
- Dottie sebagai Melor
- Al-Rayyan Ho sebagai Apit
- Rafique Iskandar sebagai Atan
- Nabil Zakaria sebagai Osman
- Charlie Numan Salleh sebagai Pak Kassim
- Blangkon Singh sebagai Security guard
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Ebby Saiful sebagai Panglima Merah
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Penggambaran dimulakan pada pertengahan tahun 2024 dan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Kota Tinggi, Johor dan Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Manakala baki penggambaran untuk Gayong 2 di Ipoh dan Taiping, Perak dengan mengekalkan pelakon asal dan penambahan pelakon baru antaranya Ammar Titan, Hairi Safwan, Hanna Aqeela manakala pelakon Singapura diwakili oleh Bobby Tonelli dan Fauzie Laily
Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]Sambutan
[sunting | sunting sumber]Kutipan pecah panggung
[sunting | sunting sumber]| Jadual kutipan pawagam Gayong (8 Mei – sekarang) | |
|---|---|
| Tempoh Tayangan | Kutipan kumulatif |
| 2 hari (hingga 10 Mei 2025) | RM1 juta |
| 7 hari (hingga 15 Mei 2025) | RM3.3 juta |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "gayong Showcases story of silat seni gayong founder". bernama (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-27. Dicapai pada 2025-05-08.
- ^ Ghafar, Fendi (2024-09-16). "Gayong: Legasi Mahaguru Silat diabadikan di layar perak". suara.tv (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-06.