Gebirgsjäger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gebirgsjäger Jerman sedang membuat latihan mendaki
Jata Gebirgsjägerbrigade 23 menunjukkan lambang Edelweiss sebagai simbol tradisi bagi askar gunung Jerman

Gebirgsjäger (Sebutan bahasa Jerman: [ɡəˈbɪʁksˌjɛːɡɐ]) merupakan bahagian infantri ringan alpine atau pasukan gunung (Gebirgstruppe) Jerman dan Austria. Perkataan Jäger (bermaksud "pemburu") ialah satu istilah berciri yang digunakan untuk infantri ringan atau askar infantri ringan dalam konteks pertuturan tentera Jerman.

Infantri gunung Austria bertapak dalam tiga rejimen Landesschützen Empayar Austria-Hungary. Infantri gunung Jerman membawa tradisi tertentu Alpenkorps (Kor Alpine) Perang Dunia I. Kedua-dua negara infantri gunung ini berkongsi lambang Edelweiss. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1907 sebagai simbol rejimen Landesschützen Austria-Hungary oleh Maharaja Franz Joseph I. Pasukan ini memakai lambang edelweiss pada kolar pakaian seragam mereka. Apabila Alpenkorps memberi bantuan kepada Landesschützen bagi mempertahankan sempadan selatan Austria-Hungary daripada serangan Itali pada Mei 1915, Landesschützen telah memberi penghormatan kepada anggota Alpenkorps dengan menganugerahkan mereka lambang mereka sendiri: iaitu edelweiss. Bersama dengan Fallschirmjäger (askar payung terjun), mereka dilihat sebagai unit infantri elit Tentera Darat Jerman.

Gebirgsjäger dalam Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Grup Gebirgsjäger pada penghujung tahun 1942 semasa Pertempuran Caucasus.

Semasa Perang Dunia II, Wehrmacht dan Waffen-SS membentuk beberapa buah unit infantri gunung.

Sebuah kor telah dibentuk di Norway menjelang tahun 1941. Divisyennya telah dilengkapi dengan persenjataan ringan, dengan kebanyakan pengangkutan dilakukan oleh baghal. Infantri gunung ini telah dilengkapi dengan sedikit senjata automatik daripada infantri biasa, akan tetapi mesingan MG 34 atau MG 42 telah disediakan dengan banyak peluru daripada rakan infantri biasa mereka.[1] Infantri gunung dikenali dengan lambang edelweiss yang dipakai pada lengan baju dan topi mereka.

Infantri gunung terlibat dalam banyak pertempuran, termasuk Operasi Weserübung, Operasi Silver Fox, Operasi Platinum Fox dan Operasi Arctic Fox, operasi-operasi dalam Caucasus, Garisan Gothic, pencerobohan Crete dan pertempuran di wilayah Vosges Perancis. Kelengkapan khas telah dibuat untuk mereka seperti raifel G33/40 mauser yang berasaskan raifel VZ.33.

Unit gunung Heer (Tentera Darat)[sunting | sunting sumber]

Unit gunung Waffen SS[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Persamaan unit[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]