Gedebe (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gedebe
PosterGedebe.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahNam Ron
PenerbitAmir Muhammad
Rosihan Zain (eksekutif)
PenulisWilliam Shakespeare (sandiwara)
Dibintangi olehZul Huzaimy
Soffi Jikan
Hariry Jalil
Eyzendy Aziz
SinematografiJames Lee
Disunting olehJames Lee
Rasidan Ramli
PengedarPustaka Cipta Sdn Bhd
Mula ditayangkan
15 Ogos 2003
Tempoh tayangan
65 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Gedebe merupakan sebuah filem drama bebas Malaysia 2003 arahan Namron terbitan Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Di dalam filem sulung arahannya, yang pada asalnya diilhamkan dari suatu pementasan teater arahan beliau pada tahun 2001 di Panggung Eksperimen, Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah kisah yang diadaptasikan secara longgar daripada karya William Shakespeare Julius Caesar.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Jalan cerita filem Gedebe ini memperlihatkan Caesar melantik dirinya sendiri sebagai pemimpin sebuah puak sekaligus telah mengundang keresahan di kalangan pengikutnya, terutama dari Cassius dan Brutus. Lebih-lebih lagi kerana Caesar berniat untuk menyatukan puak- puak lain yang selama ini bertelagah. Cassius, pada awalnya merupakan pengikut setia Caeser tetapi kemudiannya menjadi musuh yang berhasrat untuk menjatuhkan Caesar. Untuk menunaikan hasratnya, Cassius telah bersekongkol dan menghasut Brutus, orang kanan Caeser untuk mengkhianati Caesar.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, Cipta Films (bahagian perfileman Pustaka Cipta Sdn. Bhd.) telah bekerjasama dengan pengarah Nam Ron dan Amir Muhammad sebagai penerbit untuk menghasilkan versi filem Gedebe yang melalui penggambaran video digital. "Gedebe" membawa maksud seorang yang samseng atau berani. Di bawah pengertian ini, filem ini memaparkan konflik dalaman sesuatu kumpulan manusia yang berlaku apabila tercetusnya perebutan kuasa. Loghat Kelantan telah digunakan sebagai bahasa penyampaian untuk sebahagian besar filem ini.[2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Gedebe ditayangkan pada 15 Ogos 2003. Filem ini telah ditayangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 20 hingga 25 Ogos 2003. Gedebe menjadi salah satu daripada 5 filem yang dipertontonkan oleh Amnesty International Malaysia di Karnival Anak Muda dan Jualan Selangor 2011 yang berlangsung Cyberjaya pada 14 Februari 2011.[3]

Luqman Hakim dari Utusan Malaysia menyimpulkan: "Nam Ron sebenarnya menghidangkan khalayaknya sesuatu yang bersifat peribadi; secara kosmosnya, tentang kendiri dan sudut pandangannya tetapi pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa 'yang diberikan adalah pokok' dan khalayak boleh memikirkan 'apa saja buahnya'".[4] Dalam ulasan untuk The Star, Hari Azizan berkata: "Pengulangan tanpa sengaja menambah kebodohan. Pelakon yang samar sama-sama mengecewakan. Kedua-duanya gagal untuk meyakinkan, dan ini membuat kesulitan untuk kita bersimpati dengan mereka, apalagi merasa terpaksa mengikuti percubaan mereka hingga akhir."[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gedebe (2003) Filmweb. Dicapai pada 18 Ogos 2015.
  2. ^ Filem murah bukan murahan Utusan Malaysia (16 September 2002). Diperoleh pada 18 Ogos 2010.
  3. ^ Tayangan filem Gedebe di Cyberjaya CJ.MY (7 Februari 2011). Dicapai pada 18 Ogos 2015.
  4. ^ Luqman Hakim (20 Ogos 2003). Filem Gedebe - Percubaan yang berani Utusan Malaysia. Diperoleh pada 18 Ogos 2010.
  5. ^ Hari Azizan (23 Ogos 2003). Julius Caesar in Kelantanese The Star Online. Diperoleh pada 18 Ogos 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]