Gedung Kartun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kulit majalah Gedung Kartun.

Gedung Kartun adalah majalah kartun politik yang diterbitkan tanpa permit Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Majalah dwibulanan ini dipimpin kartunis politik terkemuka Zunar - atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque.

Majalah ini diterbitkan oleh Sepakat Efektif Sdn Bhd. Edisi September 2009 dicetak 10,000 naskhah, dijual dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).

Majalah dirampas[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Ogos 2009, pegawai Kementerian Dalam Negeri Malaysia(KDN) menyerbu pejabat majalah itu di Brickfields dan merampas 408 naskhah Gedung Kartun.[1] 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas atas kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.

Pada 26 Ogos 2009, enam pegawai bahagian penerbitan Kementerian Dalam Negeri Malaysia menyerbu kilang cetak K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang. Mereka merampas plat reka bentuk cetakan majalah humor itu dan lebihan kertas majalah tersebut. Syarikat percetakan diberi amaran agar tidak lagi mencetak majalah yang mendapat permit secara lisan bulan September 2009.

Zunar menjelaskan pada 14 Ogos 2009, KDN berjanji untuk menghantar surat dalam masa dua atau tiga hari. Sudah menjadi amalan biasa bagi penerbit, apabila kita sudah selesai mencetak kita akan menerima surat rasmi.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]