Logo lama THR Gegar (2005-2017)Logo lama Gegar (2018-2025)
THR Gegar (dijenamakan kembali dari pengenalannya sebelum ini, Gegar pada 2018 sehingga Februari 2025) ialah sebuah stesen radio swasta berbahasa MelayuPantai Timur pertama di Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh Astro Audio sejak 1 Januari 2005 bersama dengan saudaranya, Raaga apabila Astro Audio membeli THR.fm. THR Gegar memainkan muzik hits lama hingga kini (tempatan mahupun antarabangsa), berita dan hiburan yang disesuaikan kepada pendengar Pantai Timur.
Stesen ini juga merupakan radio pantai timur pertama yang ditempatkan di luar Pantai Timur (berbanding Manis FM dan stesen wilayah RTM seperti Kelantan FM, Terengganu FM dan Pahang FM), di Pusat Penyiaran Asia (AABC), Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Walaupun ia digelar stesen radio pantai timur nombor satu, sejak 2022, stesen ini bersaing dengan satu lagi stesen radio pantai timur swasta milik Media Prima Audio, Molek FM.