Gegar Vaganza (musim 7)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gegar Vaganza Musim 7
Gegarvaganza.jpg
Musim 7
FormatRancangan televisyen realiti
PengacaraNabil Ahmad
Jihan Muse
JuriDato' Ramli M.S.,
Datuk Khadijah Ibrahim
Negara asalMalaysia Malaysia
Penerbitan
Tempoh siaranselama 3 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Ria HD
Astro Prima
Siaran asal11 Oktober 2020 – Kini
Kronologi
MengikutiGegar Vaganza (musim 6)

Gegar Vaganza 7 atau Gegar Vaganza 2020 (Norma Baharu) bermula pada 11 Oktober 2020 dan disiarkan pada hari Ahad jam 9:00 malam yang menampilkan 14 peserta daripada Malaysia sahaja. Pada musim ini, penaja utama bagi Gegar Vaganza 7 ialah Farm Fresh dan penaja bersama adalah DiGi, Adabi (PowerCat) dan Cuckoo. Penyanyi lagenda Malaysia, Khatijah Ibrahim kembali sebagai juri tetap bersama Dato' Ramli MS. Pengacara bagi musim ini masih lagi mengekalkan duo pelawak terkemuka iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta yang membabitkan dari luar negara yang terlibat seperti musim-musim yang lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani pandemik ini. Mengangkat tema Dimensi Berbeza Gegar Vaganza 2020 pada skala Norma Baharu, musim ketujuh kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit.

Dua anugerah khas akan diumumkan setiap minggu iaitu Artis Cili Padi Paling Power dan Bintang Cuckoo Paling Gempak. Artis Cili Padi Paling Power dipilih oleh para juri berdasarkan persembahan peserta di setiap konsert dan diumumkan oleh Nabil dan Jihan sebelum segmen Ada Lagu Ada Lagi pada akhir rancangan manakala kategori Bintang Cuckoo Paling Gempak akan diundi oleh peminat - peminat para peserta melalui undian online di laman web Astro Gempak. Peserta yang mendapat undian tertinggi akan diumumkan pada konsert minggu berikutnya.

Senarai peserta[sunting | sunting sumber]

  1. Noraniza Idris
  2. Aju (vokalis Success)
  3. Asyira
  4. Ayu Damit
  5. Cliff Umar (vokalis Projek Pistol)
  6. Eva
  7. Haslinda
  8. Indigo
  9. Linda Nanuwil
  10. Muss (vokalis May)
  11. Nomad
  12. Rozita Izlyn
  13. Yantzen
  14. Oja

Ringkasan konsert[sunting | sunting sumber]

Minggu 1: Grand Konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 11 Oktober 2020

Pengacara Jemputan: Dato’ AC Mizal

Juri Jemputan: Ayai Illusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu Boboy, Hady Mirza (kesemua bekas Juara Gegar Vaganza 1-6)

Peserta Lagu dan nyanyian asal Markah
Cliff Umar "Wanita Seluruh Dunia" nyanyian asal Projek Pistol 81.00%
Haslinda "Sehati Sejiwa" nyanyian asal Haslinda 72.60%
Yantzen "Tiada Lagi Aku" & "Insan" nyanyian asal Yantzen 75.50%
Ashira "Di Ombak Resah" nyanyian asal Ashira 68.20%
Nomad "Tetap Menantimu" nyanyian asal Nomad 65.30%
Rozita Izlyn "Dunia Kita Berbeza" nyanyian asal Rozita Izlyn 55.40%
Ayu Damit "Hanya Di Mercu" nyanyian asal Ayu Damit 73.50%
Oja "Dasira" nyanyian asal Oja 61.50%
Indigo "Istimewa" nyanyian asal Indigo 60.00%
Aju "Ku Basuh Luka Dengan Air Mata" nyanyian asal Aju 57.90%
Eva "Bulan Cinta" nyanyian asal Eva 78.40%
Linda Nanuwil "Jika Kau Kekasih" nyanyian asal Linda Nanuwil 68.70%
Muss "Sendiri" & "Biru Mata Hitamku" nyanyian asal May & Wings 84.00%
Noraniza Idris "Dondang Dendang" & "Dikir Puteri" nyanyian asal Noraniza Idris 90.90%

Keputusan Mingguan

  • Artis Anugerah Digi Next Level: Linda Nanuwil
  • Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Linda Nanuwil
  • Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran


Minggu 2: Sama Naik[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 18 Oktober 2020

Juri Jemputan: Jay Jay

Peserta Lagu dan nyanyian asal Markah
Ayu Damit "Ke Hujung Dunia" nyanyian asal Siti Sarah 64.00%
Aju "Sambutlah kasih" nyanyian asal Lovehunters 64.50%
Nomad "Bila Tiba" nyanyian asal Kumpulan Ungu 64.60%
Haslinda "Kerana Terluka" nyanyian asal Nurul 49.70%
Cliff Umar "Hanyut" nyanyian asal Faizal Tahir 68.50%
Rozita Izlyn "Hajat" nyanyian asal Haida 62.70%
Indigo "Hadirlah Kasih" nyanyian asal KGB 51.90%
Eva "Cinta Antara Benua" nyanyian asal Arni Nazira 63.40%
Oja "Sepenuh Hati" nyanyian asal Kumpulan Spoon 67.40%
Ashira "Sempurna" nyanyian asal Andra And The Backbone 68.00%
Muss "Cinta Kristal" nyanyian asal Rahim Maarof 80.00%
Linda Nanuwil "Mungkinkah" nyanyian asal Sheila Abdull 69.70%
Noraniza Idris "Akulah Kekasihmu" nyanyian asal Francissca Peter 64.50%
Yantzen "Duit" nyanyian asal Kumpulan Kembara 62.10%

Keputusan Mingguan

  • Artis Anugerah Digi Next Level:
  • Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Ashira
  • Peserta Tersingkir: Haslinda


Minggu 3: Cuba Try Test[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 25 Oktober 2020

Juri Jemputan:

Peserta Lagu dan nyanyian asal Markah
Muss "Syair Laila Majnun" nyanyian asal Ramli Sarip
Linda Nanuwil "Akar Dan Bumi" nyanyian asal Kumpulan Amuk
Cliff Umar "Keroncong Untuk Ana" nyanyian asal Kumpulan Kembara
Ashira "Penasaran" nyanyian asal Krisdayanti
Oja "Satu Peluang" nyanyian asal Andi Bernadee
Nomad "Aku Skandal" nyanyian asal Kumpulan Hujan
Aju "I Love You I Miss You" nyanyian asal Kumpulan Ukays
Noraniza Idris "Akan Kutunggu" nyanyian asal Kumpulan Candy
Ayu Damit "Senyuman Ragamu" nyanyian asal Kumpulan Gerhana Skacinta
Eva "Hang Pi Mana" nyanyian asal Kumpulan Khalifah
Rozita Izlyn "Di Dadaku Ada Kamu" nyanyian asal Amelina
Yantzen "Malam Ini Kita Punya" nyanyian asal Kumpulan Bunkface
Indigo "Cinta Abadi" nyanyian asal Kumpulan Black Rose

Keputusan Mingguan

  • Artis Anugerah Digi Next Level:
  • Artis Bintang Cuckoo Healthy Home:
  • Peserta Tersingkir:


Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Peserta Kedudukan Mingguan
1 2 3
TBA Muss 2nd 1st
Linda Nanuwil 8th 2nd
Cliff Umar 3rd 3rd
Ashira 9th 4th
Oja 11th 5th
Nomad 10th 6th
Aju 13th 7th
Noraniza Idris 1st 8th

Ayu Damit

6th 9th
Eva 4th 10th
Rozita Izlyn 14th 11th

Yantzen

5th 12th
Indigo 12th 13th
14 Haslinda 7th 14th
     Juara Mingguan (Peserta Markah Tertinggi)
     Bottom 2 (Peserta Markah Dua Terendah)
     Peserta Eliminasi/Tersingkir

Info Menarik

  • Tiada Penyingkiran pada Minggu Pertama

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]