Gejala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Simptom" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Simptom (nyahkekaburan).
"Simptomatologi" dilencongkan ke sini. Subjek ini memerlukan rencana yang berasingan.
A diagram of a human torso labelled with the most common symptoms of an acute HIV infection
Gejala-gejala utama jangkitan HIV akut

Gejala, juga dikenali sebagai simptom (daripada bahasa Yunani σύμπτωμα, "kecelakaan, malang, yang menimpa",[1] daripada συμπίπτω, "kumenimpa", daripada συν- "bersama, dengan" dan πίπτω, "kujatuh") ialah penyimpangan daripada fungsi atau perasaan biasa yang disedari oleh pesakit, mencerminkan kehairan suatu keadaan yang luar biasa atau suatu penyakit. Gejala itu subjektif,[2] diperhati oleh pesakit,[3] dan tidak boleh diukur terus,[4] manakala tanda dapat diperhati secara objektif oleh yang lain. Sebagai contoh, parestesia ialah gejala (hanya orang yang mengalaminya dapat memerhati terus rasa sesemut mereka), manakala eritema ialah tanda (sesiapa dapat mengesahkan yang kulit berwarna lebih merah daripada buasa). Gejala dan tanda selalunya tidak khusus, tetapi gabungan kedua-duanya selalunya sekurang-kurangnya menandakan diagnosis tertentu, bantu mengecilkan sesuatu yang mungkin salah. Dalam kes-kes yang lain, gejala-gejala ini khusus malah sampai ke tahap menjadi patognomonik.

Simptomatologi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Simptomatologi

Simptomatologi (juga dipanggil semiologi) ialah cabang perubatan membincangkan tentang gejala.[5] Juga kajian ini membincangkan tanda dan petunjuk sesuatu penyakit.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sumptoma, Henry George Liddell, Robert Scott, ''A Greek-English Lexicon'', at Pursues". Perseus.tufts.edu. Dicapai 2011-12-17. 
  2. ^ Pathology – Glossary Diarkibkan January 12, 2008, di Wayback Machine.
  3. ^ eMedicine/Stedman Medical Dictionary Lookup![pautan putus]
  4. ^ Devroede G (1992). "Constipation—a sign of a disease to be treated surgically, or a symptom to be deciphered as nonverbal communication?". J. Clin. Gastroenterol. 15 (3): 189–91. doi:10.1097/00004836-199210000-00003. PMID 1479160. 
  5. ^ The British Medical Association (BMA) (2002). Illustrated Medical Dictionary. A Dorling Kindersley Book. m/s. 406. ISBN 978-0-75-133383-1. 
  6. ^ David A. Bedworth, Albert E. Bedworth (2010). The Dictionary of Health Education. Oxford University Press. m/s. 484. ISBN 978-0-19-534259-8. 

Templat:Medical terms to describe disease conditions

Templat:Gejala dan tanda