Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik
Siri Pertama
Pengarang Asal Ab. Azizi Yusof
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN ISBN 978-967-5311-30-7
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan Percetakan Universiti Utara Malaysia
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2010
Bilangan Muka Surat 479
Harga RM81.00 (2010 )

Buku Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik ditulis oleh Ab. Azizi Yusof dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM81.00. Ia diterbitkan oleh Percetakan Universiti Utara Malaysia dengan nombor ISBN 978-967-5311-30-7, cetakan setebal 479 halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Buku Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik ini merupakan buku kategori .

Buku Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik ini disediakan khusus kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan untuk memahami, mendalami dan mempraktikkan amalan pengurusan organisasi yang terbaik. Di samping itu, buku ini juga disediakan khusus untuk pentadbir, pemimpin dan pengurus yang sedang mencari kaedah terbaik dalam pengurusan organisasi. Anda perlu sedar, mengurus organisasi pada hari ini jauh berbeza dengan organisasi semalam. Organisasi pada hari ini kaya dengan kepelbagaian, terdedah kepada persaingan dan berhadapan dengan perubahan yang lebih cepat.

Semua ini menyediakan peluang dan juga ancaman. Kebolehan anda mengurus organisasi secara strategik sajalah yang bakal membolehkan anda dan organisasi anda memperoleh kelebihan daripadanya.

Oleh itu, anda perlu berperanan sebagai pemudah cara, pemangkin dan juga pendorong dalam mengurus aset utama organisasi iaitu manusia. Anda perlu pastikan sikap, nilai, personaliti dan juga tanggapan yang mereka miliki mampu memberi nilai tambah kepada setiap rantaian aktiviti pengurusan yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda. Anda juga perlu pastikan organisasi terus kekal kompetitif dalam industri yang diceburi walau terpaksa berhadapan dengan persaingan yang sengit, perubahan yang drastik dan tuntutan pihak berkepentingan yang pelbagai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]