Gelam wangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gelam wangi
Melaleuca alternifolia
Pokok Gelam wangi
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
M. alternifolia
Nama binomial
Melaleuca alternifolia

Pokok gelam wangi[2] atau lebih dikenali dengan nama Tea tree, nama saintifik; (Melaleuca alternifolia) dipercayai berasal dari benua Australia. Ia juga muncul di bahagian pesisir pantai utara dan kawasan rentang yang bersebelahan dengan New South Wales. Tanaman bersifat saka ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. Ia tumbuh subur berhampiran kawasan terusan air dan kawasan paya mendatar, dan ia merupakan tumbuhan dominan yang biasanya muncul.

Ia merupakan tanaman jenis berkayu dengan ketinggian 4-7 m. Kulitnya menyerupai kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan.

Daunnya kecil tersusun berlingkar di sepanjang ranting. Di akhir ranting dahan terdapat kuntum bunga yang berwarna putih.

Setiap lengainya mempunyai tiga ruang, bersaiz lebih kurang 3 mm panjang. Ianya boleh menghasilkan antara 100 hingga 150 biji benih yang kecil dan keras berwarna coklat.

Minyak pati tea tree ini di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai.

Khasiat dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Ekstrak minyak tea tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarab dalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit.[3]

Tindakan minyak ini terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya namun ia tetap bertoksid.

Produk farmaseutikal dari formulasi tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea. Ia juga banyak digunakan sebagai bahan antiseptik dan antikulat yang diadunkan dalam persediaan ubatan bersama bahan ubatan herba, deodoran, syampu, sabun dan losen badan.

Minyak ekstrak Tea tree adalah bertoksid sekiranya diambil menerusi pengambilan mulut (oral consumption) dan menelannya. Ia juga bahaya sekiranya disapu secara berlebihan pada dos berkepekatan tinggi, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang dan kematian sel dermis kulit.[4] Tiada kematian dilaporkan.[4]

Kesan negetif penggunaan minyak tea tree[sunting | sunting sumber]

Kesan iritasi pada kulit[sunting | sunting sumber]

Salah satu kesan biasa hasil dari penggunaan minyak gelam wangi atau tea tree ialah dapat menyebabkan kulit mengalami iritasi, khususnya jika minyak disapu pada kulit yang tercedera, kering dan bersisik. Antara simptom-simptoom kulit beriritasi termasuklah kepedihan, kegatalan, luka dan warna merah terbakar. Dalam sesetengah kes, minyak tea tree yang disapu pada kepekatan tinggi boleh menyebabkan ruam ringan atau teruk. Ujikaji bahan dengan menitiskan setitik minyak pada bahagian kulit perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap lecuran pada kulit.

Reaksi alergi[sunting | sunting sumber]

Minyak tea tree dapat memangkinkan tindak balas elergi samada dalam paras ringan ataupun teruk. Menurut Persatuan Kanser Amerika Syarikat, pesakit yang mempunyai alahan kepada jenis-jenis tumbuhan yang keluarganya dari jenis gelam wangi misalnya pokok cengkih, jambu batu, eucalyptus, dan semua jenis rempah biasanya mempunyai kesan alahan yang teruk kepada minyak tea tree. Tanda-tanda kesan alahan ringan termasuklah gatal-gatal, kemerahan, dan rasa tersumbat. Bagi kes yang lebih teruk, pesakit alahan mungkin mengalami kekejangan, muntah-muntah, sakit kepala, cirit-birit, bengkak, atau anaphylaxis yang boleh mengancam nyawa.

Kesan sampingan hormonal[sunting | sunting sumber]

Menurut kajian dari National Institute of Health, salah satu masalah kesan sampingan hormonal tea tree oil apabila kanak-kanak lelaki yang belum mencapai usia akhil baligh menggunakannya. Minyak tea tree mungkin menyebabkan kanak-kanak lelaki tersebut mengalami penghasilan tisu payu darapada kondisi gynecomastia pra-baligh.

Kesan sampingan akibat tertelan[sunting | sunting sumber]

Minyak tea tree adakalanya digunakan pada kepekatan rendah akibat bancuhan dengan air untuk merawat ulser mulut dan sebagai cecair kumuhan merawat bau mulut dan kesihatan oral. Walaubagaimanapun, ia amat bertoksid sekiranya ditelan, khususnya pada kepekatan tinggi. Jika tertelan, anatara kesan nyata yang dapat dilihat termasuklah kepeningan, mual, sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, kelesuan dan terasa lemah. ia boleh membawa kepada koma, halusinasi, pembentukan sel darah yang cacat, konfusi dan ataksia, dimana memberi kesan kepada koordinasi otot dan menghadkan penggerakan otot.

Kesan kepada ibu mengandung[sunting | sunting sumber]

Tidak dapat dipastikan kesan nyata kepada ibu mengandung atau ibu yang menyusukan bayi, mungkin minyak mampu meresap kedalam pembuluh darah dan memberi kesan kepada sumber laktasi badan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Melaleuca alternifolia information from NPGS/GRIN". www.ars-grin.gov. Dicapai pada 2008-04-16.
  2. ^ "Gelam wangi, Tea tree (Inggeris)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-17. Dicapai pada 2011-12-22.
  3. ^ Carson, C. F.; Hammer, K. A.; Riley, T. V. (2006). "Melaleuca alternifolia (Tea Tree) Oil: a Review of Antimicrobial and Other Medicinal Properties". Clinical Microbiology Reviews. 19 (1): 50–62. doi:10.1128/CMR.19.1.50-62.2006. PMC 1360273. PMID 16418522.
  4. ^ a b Hammer, K; Carson, C; Riley, T; Nielsen, J (2006). "A review of the toxicity of Melaleuca alternifolia (tea tree) oil". Food and Chemical Toxicology. 44 (5): 616–25. doi:10.1016/j.fct.2005.09.001. PMID 16243420.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]