Pergi ke kandungan

Gelanggang Seni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gelanggang Seni terletak di Jalan Sultan Mahmud, kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu. Ia dibuka tiga kali seminggu dari bulan Mac sehingga September setiap tahun.

Gelanggang Seni mempamerkan persembahan kesenian rakyat Kelantan dalam hiburan. Antara persembahan tersebut termasuklah wayang kulit, silat, perlawanan gasing, wau dan persembahan rebana. Waktu persembahan dilakukan pada waktu petang hari Isnin, Rabu dan Sabtu, serta waktu malam pada hari Rabu dan Sabtu.[1]

Pusat ini menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Amran Hamzah; Hairul Nizam Ismail (2008). A Design Of Nature-Culture Based Tourism Corridor; A Pilot Project At Kelantan Darul Naim. Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.