Gelihati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majalah Gelihati (digayakan sebagai gelihati) ialah sebuah majalah humor di Malaysia yang terbit pada tahun yang sama dengan Gila-Gila.[bila?] Penerbitan majalah ini lewat sebulan dua daripada Gila-Gila.[bila?] Majalah ini didokong oleh kartunis-kartunis lama seperti Ithnin Hj. Rahim (Nin), Allahyarham MOJO, Yuzal, Dinie Jurie, Wahidi, Jon, Mazlanoor, Nazan, Raz, Piah, Kartekana, Yusof Osman YO, Poe, Tok Perak, Kutilyoyo, Rodin, Gayour dan ramai lagi. Format penerbitannya adalah lebih kurang sama dengan majalah pesaingnya.[penjelasan lanjut diperlukan] Penerbitan Gelihati juga dilihat sebagai persaingan yang sihat dan turut memberi peluang kepada kartunis-kartunis pelapis yang lebih ramai. Antara kartunis yang baharu ketika itu ialah Nen, Adeputera, Namron, Pink, Ribut dan lain-lain lagi.

Dengan kemunculan banyak lagi majalah humor yang seumpama, Gelihati kemudiannya tidak lagi begitu dominan setelah hampir dua dekad dalam penerbitannya. Syarikat penerbitannya memberikan tumpuan yang lebih utama kepada penerbitan berkala yang lain seperti Bacaria, Mingguan Wanita, Media Hiburan dan lain-lain. Pelukis-pelukis kartun yang berada di bawah bumbungnya masih aktif menjadi ilustrator kepada penerbitan-penebitan itu.[penjelasan lanjut diperlukan]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]