Gelombang kegravitian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai fenomena relativiti am. Untuk pergerakan bendalir klasik, sila lihat Gelombang graviti.
Simulasi menunjukkan gelombang kegravitian yang dihasilkan pada detik akhir sebelum perlanggaran dua lubang hitam. Dalam video, gelombang boleh dilihat tersebar ke luar ketika lubang hitam berputar melepasi yang lain.

Gelombang kegravitian ialah riak dalam kelengkungan ruang masa yang dijana dalam interaksi kegravitian tertentu dan merambat sebagai gelombang keluar dari sumbernya pada kelajuan cahaya. Kemungkinan ini dibincangkan pada tahun 1893 oleh Oliver Heaviside yang menggunakan analogi antara hukum kuasa dua songsang dalam kegravitian dan elektrik.[1] Pada tahun 1905, Henri Poincaré mula-mula mencadangkan gelombang kegravitian (ondes gravifiques) berpunca dari jasad dan merembat pada kelajuan cahaya sebagaimana diperlukan oleh transformasi Lorentz.[2] Diramalkan pada tahun 1916[3][4] oleh Albert Einstein berdasarkan teori kerelatifan umum,[5][6] gelombang kegravitian mengangkut tenaga sebagai sinaran kegravitian, suatu bentuk tenaga sinaran yang serupa dengan sinaran elektromagnetik.[7] Hukum graviti semesta Newton, sebahagian daripada mekanik klasik, tidak menyediakan kewujudannya, memandangkan hukum itu berasaskan pada anggapan bahawa interaksi fizikal merambat pada kelajuan yang tak terbatas-menunjukkan salah satu cara kaedah fizik klasik tidak dapat menerangkan fenomena yang berkaitan dengan relativiti.

Astronomi gelombang graviti ialah cabang astronomi cerapan yang menggunakan gelombang kegravitian untuk mengumpul data pemerhatian mengenai sumber-sumber gelombang kegravitian yang dapat dikesan seperti sistem bintang binari yang terdiri daripada kerdil putih, bintang neutron, dan lubang hitam; dan peristiwa-peristiwa seperti supernova, dan pembentukan awal semesta tidak lama selepas Letupan Besar.

Pada 11 Februari 2016, Kerjasama Saintifik Virgo dan LIGO mengumumkan bahawa mereka telah membuat pemerhatian pertama gelombang kegravitian. Pemerhatian itu sendiri dibuat pada 14 September 2015, menggunakan pengesan Advanced LIGO. Gelombang kegravitian berasal dari sepasang lubang hitam yang menggabung.[8][9][10] Selepas pengumuman awal, instrumen LIGO mengesan dua lagi pengesahan, dan satu peristiwa gelombang kegravitian yang berpotensi.[11][12] Pada Ogos 2017, kedua-dua instrumen LIGO, dan instrumen Virgo, memerhatikan gelombang kegravitian keempat dari penggabungan lubang hitam,[13] dan gelombang kegravitian kelima daripada penggabungan bintang neutron binari. Beberapa pengesan gelombang kegravitian yang lain dirancang atau sedang dalam pembinaan.[14]

Pada tahun 2017, Hadiah Nobel dalam Fizik telah dianugerahkan kepada Rainer Weiss, Kip Thorne dan Barry Barish untuk peranan mereka dalam mengesan gelombang kegravitian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Heaviside O. A gravitational and electromagnetic analogy,Electromagnetic Theory, 1893, vol.1 455–466 Appendix B
  2. ^ (PDF) Membres de l'Académie des sciences depuis sa création : Henri Poincare. Sur la dynamique de l' electron. Note de H. Poincaré. C.R. T.140 (1905) 1504–1508.
  3. ^ Einstein, A (June 1916). "Näherungsweise Integration der Feldgleichungen der Gravitation". Sitzungsberichte der Königlich Preussischen Akademie der Wissenschaften Berlin. part 1: 688–696. Bibcode:1916SPAW.......688E. 
  4. ^ Einstein, A (1918). "Über Gravitationswellen". Sitzungsberichte der Königlich Preussischen Akademie der Wissenschaften Berlin. part 1: 154–167. 
  5. ^ Finley, Dave. "Einstein's gravity theory passes toughest test yet: Bizarre binary star system pushes study of relativity to new limits". Phys.Org. 
  6. ^ The Detection of Gravitational Waves using LIGO, B. Barish
  7. ^ Einstein, Albert; Rosen, Nathan (January 1937). "On gravitational waves". Journal of the Franklin Institute. 223 (1): 43–54. Bibcode:1937FrInJ.223...43E. doi:10.1016/S0016-0032(37)90583-0. Dicapai 2016-05-13. 
  8. ^ Castelvecchi, Davide; Witze, Witze (February 11, 2016). "Einstein's gravitational waves found at last". Nature News. doi:10.1038/nature.2016.19361. Dicapai 2016-02-11. 
  9. ^ B. P. Abbott (LIGO Scientific Collaboration and Virgo Collaboration) dll. (2016). "Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger". Physical Review Letters. 116 (6): 061102. arXiv:1602.03837Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2016PhRvL.116f1102A. doi:10.1103/PhysRevLett.116.061102. PMID 26918975. 
  10. ^ "Gravitational waves detected 100 years after Einstein's prediction | NSF - National Science Foundation". www.nsf.gov. Dicapai 2016-02-11. 
  11. ^ LIGO Scientific Collaboration and Virgo Collaboration; Abbott, B. P.; Abbott, R.; Abbott, T. D.; Abernathy, M. R.; Acernese, F.; Ackley, K.; Adams, C.; Adams, T. (2016-06-15). "GW151226: Observation of Gravitational Waves from a 22-Solar-Mass Binary Black Hole Coalescence". Physical Review Letters. 116 (24): 241103. arXiv:1606.04855Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2016PhRvL.116x1103A. doi:10.1103/PhysRevLett.116.241103. PMID 27367379. 
  12. ^ Abbott, B. P.; Abbott, R.; Abbott, T. D.; Acernese, F.; Ackley, K.; Adams, C.; Adams, T.; Addesso, P.; Adhikari, R. X. (2017-06-01). "GW170104: Observation of a 50-Solar-Mass Binary Black Hole Coalescence at Redshift 0.2". Physical Review Letters (dalam bahasa Inggeris). 118 (22): 221101. arXiv:1706.01812Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2017PhRvL.118v1101A. doi:10.1103/physrevlett.118.221101. PMID 28621973. 
  13. ^ "European detector spots its first gravitational wave". 27 September 2017. Dicapai 27 September 2017. 
  14. ^ "The Newest Search for Gravitational Waves has Begun". LIGO Caltech. LIGO. 18 September 2015. Dicapai 29 November 2015. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]