Gemerlapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Gemerlapan
Gemerlapan.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahProf Madya A. Razak Mohaideen
PenerbitKhalid Mohd Zain
PenulisShahrulezad Mohameddin
Lakon layar olehAbdul Razak Mohaideen
Dibintangi oleh
Disunting oleh
  • Zul Kiara
  • Jamaluddin Ahmad
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
1997
Tempoh tayangan
111 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Gemerlapan ialah filem drama muzikal Malaysia 1997 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen dengan skrip oleh Shahrulezad Mohameddin.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mimi menggemari muzik dangdut. Kehadirannya di sebuah kolej elit telah menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, Mel yang merasakan muzik dangdut agak kekampungan, dan Pam yang bimbang popularitinya tergugat. Ketibaan seorang pelajar baru (Mr. X) menyemarakkan lagi persaingan di antara mereka semua. Lama-kelamaan, Mel mulai menyukai Mimi dan selalu menghantar kad-kad misteri kepadanya. Pada suatu hari, pihak kolej telah mengadakan pertandingan nyanyian. Pam yakin dapat mengekalkan kejuaraannya, dan dia juga cuba menyekat penyertaan Mimi. Walau bagaimanapun, rancangan jahat Pam diketahui oleh Mimi dan dia telah membalas perbuatan tersebut sehingga Pam gagal dalam pertandingan itu. Kerana begitu marah, Pam telah memotong bekalan elektrik semasa Mel sedang membuat persembahan. Mel kemudiannya mencapai sebuah gitar lalu menyanyikan sebuah lagu yang senikatanya terdapat dalam kad-kad yang diterima oleh Mimi. Akhirnya, keputusan pertandingan pun diumumkan di mana Mimi telah memenangi pertandingan itu dan dia berkongsi kemenangannya dengan Mel. Tidak lama kemudian, mereka semua pun tamat pengajian dan menerima diploma masing-masing.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]