Gemma Chan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gemma Chan
110818 Gemma Chan in an interview for Collider Video.png
Chan pada 2018
Kelahiran (1982-11-29) 29 November 1982 (umur 37)
London, England
Pendidikan
  • Kolej Worcester, Oxford (BA)
  • Drama Centre London
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–kini
Gemma Chan
Cina Tradisional: 陳靜
Cina Ringkas: 陈静

Gemma Chan (lahir 29 November 1982)[1] ialah seorang pelakon wanita England. Beliau terkenal dengan watak Astrid dalam filem 2018 Crazy Rich Asians, di mana beliau menerima pengiktirafan meluas, dan sebagai Anita/Mia dalam drama televisyen Humans.

Dilahirkan di London dan dibesarkan di Kent, Chan menghadiri Newstead Wood School for Girls dan mempelajari undang-undang di Kolej Worcester, Oxford. Beliau menerima jawatan di sebuah firma perundangan selepas tamat belajar, namun memilih untuk menceburi bidang lakonan sebaliknya, mendalami ilmu lakonan di Drama Centre London. Beliau mempunyai watak pembantu dalam siri televisyen: Doctor Who khas "The Waters of Mars", Secret Diary of a Call Girl (2011), Fresh Meat (2011) dan Bedlam (2011).

Chan terus meraih pengiktirafan untuk watak-wataknya dalam filem berprofil tinggi termasuk Jack Ryan: Shadow Recruit (2014), Fantastic Beasts and Where to Find Them (2016), dan Transformers: The Last Knight (2017). Beliau juga memegang watak utama Anita/Mia dalam drama cereka sains AMC/Channel 4 Humans dari 2015 hingga 2018.

Pada tahun 2018, Chan menerima pengiktirafan dengan memegang watak Astrid Leong-Teo dalam filem komedi romantik arahan Jon M. Chu, Crazy Rich Asians dan juga Bess of Hardwick dalam drama sejarah Mary Queen of Scots. Beliau memegang watak Minn-Erva dalam filem adiwira Marvel Studios Captain Marvel pada 2019 dan akan memegang watak Sersi dalam The Eternals pada 2020.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Catatan
2006 When Evil Calls Molly Nelson
2009 Exam Chinese woman
2010 Pimp Bo
Shanghai Shin Shin
Submarine Kim-Lin
2013 The Double Glamorous Judge
2014 Jack Ryan: Shadow Recruit Amy Chang
2015 Families Chen-Lin
2016 Fantastic Beasts and Where to Find Them Madam Ya Zhou
2017 Transformers: The Last Knight Quintessa
Stratton Aggy
2018 Crazy Rich Asians Astrid Leong-Teo
London Fields Petronella
Mary Queen of Scots Elizabeth Hardwick
Intrigo: Dear Agnes Henny
2019 Mr. Malcolm's List Filem pendek
Captain Marvel Minn-Erva
2021 The Eternals Sersi Pos-produksi
TBA Let Them All Talk Pos-produksi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2006 Project Catwalk Dirinya sendiri 10 episod; finalis
2009 Doctor Who Mia Bennett Episod: "The Waters of Mars"
2010 The IT Crowd Ivana / Female Sulu Episod: "The Final Countdown", "Reynholm vs. Reynholm"
Sherlock Soo Lin Yao Episod: "The Blind Banker"
2011 Secret Diary of a Call Girl Charlotte Utama (musim 4)
Fresh Meat Ruth Ulangan
2012 Bedlam Kiera Tetap (musim 2)
True Love Kathy Siri mini televisyen
2013 Shetland Hattie James Siri televisyen
Death in Paradise Jennifer Cheung Siri 2, episod 7
Dates Erica Episode: "Erica and Kate", "Erica and Callum"
2014 The Game Chen Mei Siri televisyen
2015–2018 Humans Anita/Mia Peranan utama
2015 Brotherhood Miss Pemberton Ulangan
2016 Revolting Rhymes Snow White (suara)
2018 Watership Down Dewdrop (suara)
2019 I am Hannah Hannah Filem TV
2020 Thunderbirds Are Go Profesor Kwark (suara) Episod: "Icarus"

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Teater
2008 Turandot Hampstead Theatre
2012 The Sugar-Coated Bullets of the Bourgeoisie Finborough Theatre[2]
2013 Yellow Face (perdana UK) The Park Theatre
Our Ajax (tayangan perdana sedunia) Athena Southwark Playhouse
2014 Yellow Face Royal National Theatre
2015 The Homecoming Ruth Trafalgar Studios[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UPI Almanac for Friday, Nov. 29, 2019". United Press International. November 29, 2019. Diarkib daripada yang asal pada December 24, 2019. Dicapai pada January 11, 2020. …actor Gemma Chan in 1982 (age 37)
  2. ^ "Vibrant 2012: A Festival of Finborough Playwrights". Finborough Theatre. Diarkib daripada yang asal pada 10 March 2016. Dicapai pada 7 July 2015.
  3. ^ "The Homecoming - Trafalgar Studios - ATG Tickets". www.atgtickets.com. Dicapai pada 8 March 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]