Gempa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gempa (serapan Sanskrit कम्प kampa[1]) ialah fenomena yang terjadi ketika gelombang seismos melanda seluruh bahagian bulan, planet, bintang yang pada akhirnya menyebabkan goncangan hebat di permukaannya.[2][3][4] Gempa seperti ini umumnya disebabkan oleh faktor geologi dalam atau peristiwa luar.

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

Klasifikasi gempa termasuk:

Gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi ialah goncangan bumi yang disebabkan oleh gelombang seismos yang bergerak di atas atau di bawah di permukaan bumi dan menyebabkan: patahan permukaan, getaran, pencairan, tanah longsor, gempa susulan dan/atau tsunami.[5] Gempa bumi timbul dari pelepasan energi regangan elastis tektonik yang disimpan dalam volume batuan - dengan lempeng cepat pada sesar yang sudah ada atau baru.[6] Gempa bumi menimbulkan tiga kesan utama - pecahan patahan (dengan rekahan tambahan), goncangan tanah akibat penyebaran gelombang, dan perubahan tegangan (± tekanan cecair) - yang mempengaruhi pelbagai proses geologi pada jarak yang berbeza.[7] Gempa bumi yang terjadi di bawah laut berpotensi menghasilkan tsunami seperti gempa Aceh-Andaman dan tsunami Lautan Hindi 2004 berkekuatan 9,1 Mw.[8][9][10]

Gempa bulan[sunting | sunting sumber]

Gempa bulan ialah aktiviti seismik yang terjadi di bulan. Gempa bulan yang dirakamkan oleh jaringan seismik Apollo menunjukkan ciri-ciri isyarat yang berbeza dan datang dari lima jenis sumber yang awalnya diklasifikasikan sebagai kesan buatan, hentaman meteoroid, gempa bulan dangkal cetek, gempa bulan dalam, dan peristiwa tidak dikelaskan.[11] Berbanding gempa bumi, gempa bulan ialah peristiwa detik seismik kecil, dan akibatnya, gempa bulan yang dirakamkan okeh misi Apollo menghasilkan isyarat kecil, sering kali dengan amplitudo lebih kecil dari suara mikroseismik di Bumi, bahkan di kubah seismik terbaik di Bumi.[12] Gempa bulan yang dirasai sebahagian besar berukuran kurang dari 3 skala Richter dan yang terbesar tercatat memiliki magnitud antara 5 dan 5,7.[13] Gempa bulan berkepadatan pada kedalaman yang sangat dalam - antara 600 km dan 1000 km - yang lebih dalam dari gempa bumi.[14]

Gempa matahari[sunting | sunting sumber]

Gempa matahari ialah getaran seismos yang terjadi di matahari. Helioseismologi tempatan telah mengungkapkan suar yang disertai dengan getaran akustik (gempa matahari) yang menyebar di bawah permukaan yang terlihat. Mekanisme gangguan suar, yang berasal dari atmosfera matahari tinggi, tidak diketahui pasti.[15] Kemajuan berkaitan gempa matahari sangat ketara. Sebuah penyelidikan telah mendemonstrasikan bahawa hanya sebahagian kecil, kurang dari 10-3 dari tenaga suar yang diperlukan untuk mencetuskan peralihan seismik di fotosfera.[16] Meskipun begitu, hanya sebahagian kecil suar yang dikaitkan dengan gempa matahari.[17]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hoogervorst, Tom (2017). ‘Lexical influence from North India to Maritime Southeast Asia: Some new directions’. Man in India. 97(1): 296.
  2. ^ "Faults and Earthquake Geology". www.usgs.gov. Dicapai pada 2020-12-14.
  3. ^ Greicius, Tony (2018-03-28). "'Marsquakes' Could Shake Up Planetary Science". NASA. Dicapai pada 2020-12-14.
  4. ^ "What Is an Earthquake? | NASA Space Place – NASA Science for Kids". spaceplace.nasa.gov. Dicapai pada 2020-12-14.
  5. ^ "WHO | EARTHQUAKES - Technical Hazard Sheet - Natural Disaster Profile". WHO. Dicapai pada 2020-12-14.
  6. ^ Brace, W. F.; Byerlee, J. D. (1966-08-26). "Stick-Slip as a Mechanism for Earthquakes". Science. 153 (3739): 990–992. doi:10.1126/science.153.3739.990. ISSN 0036-8075.
  7. ^ Sibson, Richard H. (December 2011). "The scope of earthquake geology". ResearchGate (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1144/sp359.18. Dicapai pada 2020-12-14.
  8. ^ "Earthquake Geology". Earth Observatory of Singapore (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-02. Dicapai pada 2020-12-14.
  9. ^ "What is it about an earthquake that causes a tsunami?". www.usgs.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-14.
  10. ^ Špičák, Aleš; Vaněk, Jiří (2016-02-01). "Earthquake swarms reveal submarine magma unrest induced by distant mega-earthquakes: Andaman Sea region". Journal of Asian Earth Sciences (dalam bahasa Inggeris). 116: 155–163. doi:10.1016/j.jseaes.2015.11.017. ISSN 1367-9120.
  11. ^ Parker, Charles Thomas; Taylor, Dorothea; Garrity, George M (2003-01-01). "Exemplar Abstract for Rummeliibacillus pycnus (Nakamura et al. 2002) Vaishampayan et al. 2009 and Bacillus pycnus Nakamura et al. 2002". The NamesforLife Abstracts. Dicapai pada 2020-12-14.
  12. ^ Lammlein, David R.; Latham, Gary V.; Dorman, James; Nakamura, Yosio; Ewing, Maurice (2014-03-03). 1977, Reviews of Lunar Sciences. Washington, DC: American Geophysical Union. m/s. 1–21. ISBN 978-1-118-78211-8.
  13. ^ Taylor, Stuart Ross (2007). Encyclopedia of the Solar System. Elsevier. m/s. 227–250. ISBN 978-0-12-088589-3.
  14. ^ Albee, Arden L. (2003). Encyclopedia of Physical Science and Technology. Elsevier. m/s. 825–837. ISBN 978-0-12-227410-7.
  15. ^ "ON THE ORIGIN OF A SUNQUAKE DURING THE 2014 MARCH 29 X1 FLARE". THE ASTROPHYSICAL JOURNAL (dalam bahasa Inggeris). 2014. doi:10.1088/0004-637x/796/2/85#.
  16. ^ Donea, A.-C.; Lindsey, C.; Braun, D.C. (2000). Solar Physics. 192 (1/2): 321–333. doi:10.1023/a:1005280327665. ISSN 0038-0938 http://dx.doi.org/10.1023/a:1005280327665. Missing or empty |title= (bantuan)
  17. ^ Chen, Ruizhu; Zhao, Junwei (2016-10-01). "A Survey of Sunquake Events in Solar Cycle 24": 115. Cite journal requires |journal= (bantuan)