Pergi ke kandungan

Gempa bumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gempa bumi (Tulisan Jawi: ݢمڤا بومي ) atau lindu (pinjaman bahasa Jawa turunan akar Austronesia *linduR[1][2]) adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Yunani σεισμός seismos "goncangan/gempa bumi").

Pusat Gempa Sedunia, 1963–1998
Pergerakan kepingan tektonik global
Pusat Gempa di Asia, 1900–2015

Anatomi gempa bumi

[sunting | sunting sumber]
Jenis gelinciran

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Gempa bumi tektonik

[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.

Gempa bumi gunung berapi

[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan [[magma ]] ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.

Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.

Gempa bumi besar pada abad ke-21

[sunting | sunting sumber]

Mengikuti jumlah kematian

[sunting | sunting sumber]
No Tarikh Kawasan Kematian Kekuatan (skala Richter) Ulasan
1 12 Januari 2010 Haiti 220.000–316.000 7.0 Gempa bumi Haiti 2010
2 26 Disember 2004 Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Maldives, Myanmar, Malaysia, Somalia 280.000 9.1–9.3 Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004
3 12 Mei 2008 China 69.197 7.9 Gempa bumi Sichuan 2008
4 8 Oktober 2005 Pakistan, India 79.000 7.6 Gempa bumi Kashmir 2005
5 6 Februari 2023 Turki, Syria 53.560 7.8 Gempa bumi Turki–Syria 2023
6 26 Disember 2003 Iran 34.000 6.6 Gempa bumi Bam 2003
7 26 Januari 2001 India 20.023 7.7 Gempa bumi Gujarat 2001
8 11 Mac 2011 Jepun 15.845 9.0 Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011
9 25 April 2015 Nepal, India, China 7.759 7.8 Gempa bumi Nepal 2015
10 27 Mei 2006 Indonesia 6.234 6.4 Gempa bumi Yogyakarta Mei 2006
11 28 Mac 2025 Myanmar, Thailand 5.500 7.7 Gempa bumi Myanmar 2025
12 28 September 2018 Indonesia 4.340 7.5 Gempa bumi Sulawesi 2018
13 8 September 2023 Maghribi 2.497 6.8 Gempa bumi Marrakesh-Safi 2023

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Lihat:
    • "lindu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
    • "lindu". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*linduR: earthquake". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 9 April 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]