Gempa bumi Baku 2000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan gempa bumi Baku

Gempa bumi Baku 2000 berlaku pada hari Sabtu, 25 November 2000 pada pukul 22:10 (18:10 GMT) waktu tempatan. Gempa berukuran 7.0 pada skala Richter, dengan pusat gempa berukuran 6.3 di Baku, Azerbaijan. Gempa disusuli tiga minit kemudian oleh sebuah gempa berukuran 5.9 skala Richter.[1] Gempa bumi ini ialah yang paling kuat buat 160 tahun, yakni semenjak gempa tahun 1842. Mengikut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (United States Geological Survey, USGS), pusat gempa ialah di Laut Kaspia, 25 km di selatan tenggara Baku. Gempa dirasai sejauh Tbilisi, 600 km di barat laut pusat gempa, Makhachkala (sehingga magnitud 4) dan petempatan-petempatan Karabudakh dan Isberbas di Dagestan (sehingga 5). Dianggapkan yang gempa bumi dicetuskan pergerakan tektonik aktif pada sempadan dua bahagian utama kerak bumiplat Turansk dan plat berlipat Kopedag-Kaukasia. Zon gempa bergerak ke pecahan rekahan kerak dalam (deep crust break) Apsheron-Chelekensk.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ IFRC. The magnitude figure varies slightly in other sources. According to the national seismological service, the tremors magnitude in Baku and Sumgait was 6-6,5 on the Richter scale while several other districts experienced tremors of 4.
  2. ^ Quake info