Gempa bumi Canterbury 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gempa bumi Canterbury 2010
7.2 New Zealand earthquake.jpg
Gempa bumi Canterbury 2010 yang terletak di New Zealand
Gempa bumi Canterbury 2010
Tarikh4 September 2010 (2010-09-04) 04:35 NZST
(16:35 UTC 3 September)
Magnitud7.1 Mw[1][2]
Kedalaman10 km (6.2 bt)[2]
Koordinat43°33′S 172°11′E / 43.55°S 172.18°E / -43.55; 172.18Koordinat: 43°33′S 172°11′E / 43.55°S 172.18°E / -43.55; 172.18, near Darfield, Canterbury, New Zealand
Kawasan terjejas New Zealand
Keamatan maksimumMM 9[3]
Korban1 kematian akibat serangan jantung, 2 cedera parah, kira-kira 100 kecederaan lain[4]

Gempa bumi Canterbury 2010 (juga gempa bumi Darfield[5] dan gempa bumi Christchurch) adalah sebuah gempa bumi bermagnitud 7.1[1][2] yang melanda Pulau Selatan New Zealand pada 4:35 am, 4 September 2010 waktu tempatan (16:35 3 September UTC),[1] dan mengakibatkan kemusnahan berleluasa dan gangguan bekalan elektrik, khususnya di bandaraya Christchurch.[4][6]

Pusat gempa terletak 40 kilometer (25 bt) di barat Christchurch,[5] berhampiran pekan Darfield. Hipopusatnya sedalam 10 km.[1] Gegaran terdahulu bermagnitud kira-kira 5.8 melanda lima saat sebelum gempa utama,[7] disusuli laporan gegaran susulan[4][8] sekuat magnitud 5.4.[9] Gempa mula-mulanya melanda selama lebih kurang 40 saat,[6] dan terasa di seluruh Pulau Selatan, dan juga ke utara sejauh New Plymouth di Pulau Utara.[10]

Pusat Pengurusan Krisis Negara di aras bawah tanah bangunan Beehive di Wellington diaktifkan, sementara pihak Pertahanan Awam mengisytiharkan darurat di Christchurch, Daerah Selwyn, dan Daerah Waimakariri[11] manakala Daerah Selwyn, Waimakariri dan Timaru turut menghidupkan pusat-pusat operasi kecemasan masing-masing.[12] Perintah berkurung berkuatkuasa di beberapa bahagian Bandaraya Pusat Christchurch dari 7:00 malam hingga 7:00 pagi berikutan gempa bumi.[13] Disebabkan pusat gempa terletak di daratan yang jauh dari pinggir pantai, tiada tsunami terjadi.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "New Zealand earthquake report - Sep 4, 2010 at 4:35 am (NZST)". GeoNet. Earthquake Commission and GNS Science. 4 September 2010. Dicapai pada 4 September 2010.
  2. ^ a b c "Magnitude 7.0 - South Island of New Zealand: Details". United States Geological Survey. 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
  3. ^ "New Zealand earthquake report - Sep 4 2010 at 4:35 am (NZST) - Quake Maps". GeoNet. Earthquake Commission dan GNS Science. 4 September 2010. Dicapai pada 5 September 2010.
  4. ^ a b c "Massive 7.4 quake hits South Island". Stuff.co.nz. 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
  5. ^ a b c "Sep 4, 2010 - Darfield earthquake damages Canterbury". GeoNet. Earthquake Commission and GNS Science. 4 September 2010. Dicapai pada 4 September 2010.
  6. ^ a b "Strong earthquake rocks New Zealand's South Island". BBC News. 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 3 quakes? tidak disediakan
  8. ^ "New Zealand Earthquake 2010: Strong Quake Shakes Christchurch". The Huffington Post. 3 September 2010. Dicapai pada 3 September 2010.
  9. ^ "New Zealand Earthquake Report - Sep 4 2010 at 4:55 pm (NZST)". GeoNet. 4 September 2010. Dicapai pada 4 September 2010.
  10. ^ Van Der Heide, Maike (4 September 2010). "Marlborough, Kaikoura escape worst of quake". The Marlborough Express. Dicapai pada 4 September 2010.
  11. ^ "State of emergency declared in Canterbury". Radio New Zealand. September 4, 2010. Dicapai pada 4 September 2010.948
  12. ^ "Latest updates: Canterbury earthquake | National News". Tvnz.co.nz. Dicapai pada 4 September 2010.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan curfew tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]