Gempa bumi Jawa Barat 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gempa bumi Jawa Barat 2009
2009-September-Java-quake-shake-map-USGS.jpg
Tarikh2 September 2009 (2009-09-02)
Magnitud7.0
Kedalaman49 km (30.8 batu)
KoordinatPersisiran barat daya Jawa,
selatan Bandung
7°46′41″S 107°19′41″E / 7.778°S 107.328°E / -7.778; 107.328Koordinat: 7°46′41″S 107°19′41″E / 7.778°S 107.328°E / -7.778; 107.328
Kawasan terjejasIndonesia
(Jawa Barat)
Tsunami20 cm
Korban63+[1]

Gempa bumi Jawa Barat 2009 merupakan sebuah gempa bumi bermagnitud 7.0 yang terjadi pada 2 September 2009 jam 14:55 waktu tempatan di Jawa Barat, Indonesia,[2] dan telah membunuh sekurang-kurangnya 63 orang.[3][4][1] Puluhan lagi masih hilang.[3] Lebih 87,000 rumah pula telah musnah.[3]

Gempa ini turut dirasakan di ibu negara Jakarta walaupun kerosakan di sana hanya minimum. Usaha menyelamat sedang dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang terpertangkap dalam tanah runtuh. Ia merupakan gempa terdahsyat Indonesia sejak 2006.[5]

Gegar penghujung[sunting | sunting sumber]

  • Magnitud 4.9, pada 2 September 2009, jam 16:28 waktu tempatan[6]

Pasukan bantuan[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Pusat Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), Khairil Hafidz menyatakan sukarelawan PKPMI seramai 40 orang adalah pasukan pertama tiba untuk memberi bantuan di Desa Sidamukti, Pangalengan, Jawa Barat. Mereka terdiri daripada pelajar perubatan Malaysia di Bandung dan Jakarta yang dipimpin Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Dr Junaidi Abu Bakar. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan akan menubuhkan Pasukan Sukarelawan Mahasiswa Malaysia di Indonesia .

Pada 26 September 2009, lebih 1,000 penduduk masih berada di khemah-khemah sementara dalam serba kekurangan manakala sekitar 20 peratus yang lain memberanikan diri pulang ke rumah. Masjid di RW4 Desa sidamurti runtuh dan perlu dibangunkan semula.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Death toll of Indonesia's quake reaches to 63". Xinhua News Agency. 4 September 2009. Dicapai 2009-09-04. 
  2. ^ "Magnitude 7.0 - Java, Indonesia - 2009 September 02 07:55:01 UTC" Earthquake Hazards Program, United States Geological Survey
  3. ^ a b c Associated Press (2009-09-04). "Indonesian quake toll at 63, dozens still missing". Kentucky.com. Dicapai 2009-09-04. 
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Indonesian quake death toll rises to 63 tidak disediakan
  5. ^ "Indonesian Quake Death Toll Reaches 64 as Rescue Work Continues". Bloomberg. 4 September 2009. Dicapai 2009-09-04. 
  6. ^ "Magnitude 4.9 - Java, Indonesia - 2009 September 02 09:28:45 UTC" Earthquake Hazards Program, United States Geological Survey
  7. ^ Mangsa Gempa Pangalengan Hargai Sumbangan Pelajar Malaysia