Gempa bumi Laut Aegia 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Laut Aegia 2020
Bangunan musnah di İzmir, Turkey.
Peta keterukan gempa bumi dari Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat
Magnitud7.0 Mww
Kedalaman21.0 km
Koordinat37°55′05″N 26°47′24″E / 37.918°N 26.790°E / 37.918; 26.790Koordinat: 37°55′05″N 26°47′24″E / 37.918°N 26.790°E / 37.918; 26.790
JenisNormal
Kawasan terjejasSamos, Yunani dan Kawasan Aegia, Turki
Keamatan maksimumVIII (Teruk)
TsunamiYa
Gegaran susulanPelbagai kejutan susulan berkala 3 dan 4, paling tinggi setakat kini ialah Mw 5.2
KorbanGreece: 2 mati, 8 cedera[1]
Turkey: 20 mati, 786 cedera[1]

Gempa bumi Laut Aegia 2020 (atau Gempa bumi Seferihisar Izmir 2020) merupakan gempa bumi bermagnitud 7.0 yang berlaku pada 2.51 waktu Turki, hari Jumaat, 30 Oktober 2020, di perairan Seferihisar, Izmir, Turki. Selain wilayah Izmir, Turki, kepulauan Samos, Yunani juga terkesan dengan gempa bumi ini. Perkhidmatan kecemasan di kedua-dua negara serta merta hadir memberikan bantuan sehingga ke tengah malam. Di Turki, sehingga 31 Oktober 2020, jam 12.05 tengah malam, Turki melaporkan seramai 20 orang telah meninggal dunia, seorang lemas dan sejumlah 725 orang cedera.[2] Di Yunani, 2 orang dilaporkan meninggal dunia dan 8 orang cedera.

Gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Tsunami[sunting | sunting sumber]

Banyak hantaran di media sosial menunjukkan air deras melanda di jalan dan pelabuhan di kawasan yang terkesan dengan gempa bumi. Amaran tsunami juga diberikan di kepulauan Ikaria, Kos, Chios dan Samos.[3] Seferihisar merupakan kawasan yang dilanda tsunami.[4][5]

Kerosakan[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Turki, Süleyman Soylu menyatakan sekurang-kurangnya enam buah bangunan musnah di İzmir, tetapi Datuk Bandar İzmir, Tunç Soyer menyatakan jumlah bangunan musnah mencecah 20 buah.[3] Pihak berkuasa Yunani di Samos menyatakan banyak bangunan musnah di pulau tersebut, tetapi paling teruk berlaku di Karlovasi,[6] di mana sebuah gereja musnah. Ini merupakan kejadian pertama sejak gempa bumi Laut Aegia 2017 berkaitan kematian disebabkan gempa bumi di Yunani.[7] Banyak bangunan musnah di daerah Bayraklı dan Bornova di İzmir.[8]

Korban[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Oktober 2020, jam 12.05 tengah malam, Turki melaporkan seramai 20 orang telah meninggal dunia, seorang lemas dan sejumlah 725 orang cedera[2]. Di Yunani, 2 orang dilaporkan meninggal dunia dan 8 orang cedera.[1]

Operasi menyelamat[sunting | sunting sumber]

Reaksi antaabangsa[sunting | sunting sumber]

Azerbaijan,[9] France,[10] dand Israel[11] menawarkan sokongan terhadap negara yang terkesan, diikuti pertubuhan antarabangsa, NATO dan Kesatuan Eropah.[12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Earthquake hits Greece and Turkey, bringing deaths and floods". BBC News. 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  2. ^ a b Jabatan Hubungan Media dan Seranta (31 Oktober 2020). "About İzmir Seferihisar Earthquake (31.10.2020 - 00:45)". Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan dan Bencana Turki. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Turki.
  3. ^ a b Specia, Megan; Stevis-Gridneff, Matina (30 October 2020). "Earthquake Rattles Western Turkey and Greece, Leveling Buildings". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-10-30.
  4. ^ "Seferihisar'da tsunami: Sokakları deniz suyu bastı". NTV. 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  5. ^ "Son dakika! İzmir'de tsunami paniği". Milliyet. 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  6. ^ Liakos, Chris; Labropoulou, Elinda (30 October 2020). "Minor injuries and building damage reported on Greek island". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 October 2020.
  7. ^ Labropoulou, Elinda (30 October 2020). "Buildings damaged on Greek island of Samos". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 October 2020.
  8. ^ "Son dakika: Türkiye'nin gözü kulağı deprem bölgesinde... İşte İzmir depremiyle ilgili dakika dakika son gelişmeler". www.hurriyet.com.tr (dalam bahasa Turki). Hürriyet. Dicapai pada 30 October 2020.
  9. ^ "Azerbaycan Cumhurbaşkanı Aliyev'den Başkan Erdoğan'a "yardıma hazırız" telefonu". Takvim (dalam bahasa Turki). 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  10. ^ Duncan, Conrad (30 October 2020). "Greece-Turkey earthquake: At least four dead after huge 7.0-magnitude tremor felt across both countries". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 October 2020.
  11. ^ J. Frantzman, Seth; Jean, Celia (30 October 2020). "Following earthquake in Turkey, IDF offers to send aid". The Jerusalem Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 October 2020.
  12. ^ "Turkey-Greece earthquake: Children among 12 dead after powerful tremor hits in the Aegean Sea". Euronews (dalam bahasa Inggeris). 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.