Pergi ke kandungan

Gempa bumi Peru 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2007 Peru earthquake
Map of the Peru coastline, showing location and strength of quake. Star marks epicenter.
TarikhAugust 15 2007
Magnitud8.0 Mw
Kedalaman30.2 kilometer (19 bt)
Kawasan terjejas Peru
Korbanat least 510 dead, 1,610 injured

[1]

[2]
Peta menunjukkan lokasi germpa bumi

Gempa bumi di Peru 2007 terjadi pada hari Rabu, 15 Ogos 2007 pada kadar 8.00 skala Richter di Pisco, Ica, Chinca Alta di Wilayah Ica, San Vicente de San Cañete di Wilayah Lima , negara Peru. Negara ini terletak di benua Amerika Latin.

Gempa bumi ini adalah gempa bumi terkuat sejak 100 tahun lalu di Peru . Puluhan gempa bumi susulan masih berlaku di Peru.

Banyak bangunan ranap , dinding pecah dan tingkap rosak serta bumbung runtuh di beberapa buah bandar termasuk di Pucallpa, Iquitos, Contamana dan Trujillo . Sehingga 17 Ogos 2007, seramai 510 maut dan 1610 cedera apabila beberapa bahagian bangunan menimpa mereka dalam kejadian mengejut itu. 85,000 rumah ranap terutama di Pisco , 260 km dari ibu negara Lima, Peru. 80 % bangunan di Pisco musnah sama sekali.

Picso terkenal dengan pusat pengeluaran arak. Bekalan elektrik dan talian telefon terputus hingga seluruh penduduk tidak ketahuan, panik.

Pusat gempa bumi itu terletak di timur laut Chinca Altas, kira-kira 113 km , berlaku pada 19.02 waktu tempatan Peru.

Presiden Peru, Alan Garcia segera mengumumkan perintah darurat di kawasan tersebut bagi memudahkan misi menyelamat. Bendera Peru dikibarkan separuh tiang sebagai tanda simpati. Pada 19 Ogos 2007 Presiden Colombia, Alvaro Uribe melawat Ica yang berdekatan dengan Colombia , bagi meninjau keseriusan dan jenis bantuan dan dapat dihulurkan oleh negara Colombia, jiran terdekat Peru.

Gempa bumi pada 7.9 skala richter itu turut menyebabkan sebuah gereja runtuh di bandar Ica, selatan Lima, menyebabkan 17 orang yang berada di dalamnya terbunuh dan 70 cedera.

Menteri Kesihatan Peru, Carlos Vallejos menggesa rakyat Peru menderma darah dengan segera bagi membantu mangsa yang cedera.


Fakta gempa bumi

[sunting | sunting sumber]

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan, gempa bumi berukuran 7.9 itu berlaku di kawasan dasar laut dengan kedalaman 41 kilometer. Gempa bumi ini terjadi apabila kepingan plat Nazca dan plat teknonik Amerika Selatan bergeser dan berubah pada kadar 78 mm setiap tahun. Kejadian seperti ini berlaku setiap 100 tahun sekali. Pusat grmpa bumi ini terletak kira-kira 145 km di tenggara Lima. Gegaran terasa di bandar raya Lima selama 5 minit , petang Rabu 15 Ogos 2007 , jam 6.40 waktu tempatan Peru.

Pantai Peru mempunyai sejarah gempa bumi sebelum ini iaitu pda tahun 1908 dan 1974. Tahun 1966 berlaku gempa bumi pada kadar 8.3 magnitut. Sementara gempa bumi pada 2001 berlaku di Arequipa, Peru. Pada 1968 pula gempa bumi berlaku pada kadar 9 magnitud. Akibatnya berlaku tsunami hingga ke pantai Hawaii di Lautan Pasifik.

Amaran Tsunami

[sunting | sunting sumber]

Amaran tsunami telah diberi kepada penduduk Peru, Ecuador, Chile, Colombia dan pulau Hawaii. Bagaimanapun amaran ini dibatalkan kerana tidak terjadi tsunami sebagaimana diramalkan. Ia dibatalkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii. Ombak besar hanya 20 hingga 30 sentimetewr sahaja dan tidaklah berbahaya kepada penduduk sepanjang pantai Peru.

Kerajaan Peru telah meminta bantuan perubatan dan perlindungan dari beberapa negara sahabat dan PBB . Koordinat: 13.32° S 76.51° W

  1. ^ "Peru quake death toll rises to 450; 200 dead in one city". CNN. 2007-08-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-16. Dicapai pada 2007-08-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Earthquake in Peru kills hundreds". Reuters. 2007-08-16. Dicapai pada 2007-08-16. Check date values in: |date= (bantuan)