Gempa bumi Turki 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Elâzığ 2010
Tarikh8 Mac 2010 (2010-03-08)
Magnitud6.1 Mw[1]
Kedalaman5.0 kilometer (3.1 bt)[2][3]
Koordinat38°48′25″N 40°06′00″E / 38.807°N 40.100°E / 38.807; 40.100Koordinat: 38°48′25″N 40°06′00″E / 38.807°N 40.100°E / 38.807; 40.100[2]
Kawasan terjejas Turki
Korban42 maut

Gempa bumi Turki 2010 ialah gempa bumi 6.1 Mw yang berlaku pada 8 Mac 2010 jam 02:32 UTC (04:32 waktu tempatan).[2][3][4][1] Pusat gempa ini terletak di Başyurt di wilayah Elâzığ, di barat Turki. Laporan awal media menyatakan seramai 57 orang terbunuh.[4] Namun dua hari kemudian angka disemak semula menjadi 42.[5] [6] 74 lagi cedera, termasuk kerana jatuh atau melompat dari bangunan.[7][8]

Gempa bumi ini berlaku antara plat Anatolia dan Plat Arab. Kerosakan teruk berlaku di tiga desa: Okçular, Yukari Kanatlı dan Kayalı. Pusat Seismologi Kandilli melaporkan 100 gempa susulan turut berlaku pada kekuatan 5.5 pada 07:47:40 UTC. Kawasan itu terletak 550 kilometer di timur Ankara.

Mangsa[sunting | sunting sumber]

15 daripada 900 penduduk kampung Okçular itu terbunuh. Penduduk sedang nyenyak tidur ketika gempa bumi berlaku. Mereka melarikan diri ke kaki bukit dan kawasan perhunungan bersalji. Ia berlaku di perkampungan etnik Kurdis.

Gabenor wilayah, Muammar Erol menyatakan seramai 15 orang terbunuh di perkampungan Yukari Demirci. Mereka yang cedera dihantar ke hospital bandar Kovancilar.

Amaran awal[sunting | sunting sumber]

Gempa berlaku seminggu selepas Jabatan Kejuruteraan Turki melaporkan tentang tahap pembangunan yang tidak selaras dengan keselamatan. Kemungkinan bandar Istanbul akan lenyap sekelip mata akibat gempa bumi.[9]

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki segera membekalkan selimut , khemah dan makanan. Perdana Menteri Turki ,Recep Tayyip Erdogan melawat lokasim kejadian. Pengarah Pemantauan Kandilli, Mustafa Erdik, meminta penduduk agar tidak memasuki mana-mana rumah yang rosak kerana bimbang akan runtuh lagi.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Magnitude 6.1 - EASTERN TURKEY". USGS. 2010-03-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2010-04-08.
  2. ^ a b c "Başyurt-Karakocan (Elâzığ) 08.03.2010 04:32:31". Kandilli Observatory and Earthquake Research Institute, Boğaziçi University. 2010-03-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2010-04-08.
  3. ^ a b "5.9-magnitude earthquake shakes Turkey". CNN. 7 Mac 2010.
  4. ^ a b "Strong earthquake hits eastern Turkey". BBC News. 2010-03-08.
  5. ^ "Elazığ depreminde ölü sayısı 10 kişi düştü". Hurriyet. 10 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ Elazığ'da Ölü Sayısı 42 Oldu Diarkibkan 2011-07-23 di Wayback Machine Aktif Haber
  7. ^ "Strong quake in eastern Turkey kills 41". The Sydney Morning Herald. 8 Mac 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ "Death toll from Turkish quake climbing". news.com.au. 8 Mac 2010.
  9. ^ "Earthquake warning for Turkey". Al Jazeera. 4 Mac 2010. Dicapai pada 8 Mac 2010.
  10. ^ Mangsa terselamat ceritakan gempa bumi di timur Turki