Gempur udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lencana Gempur Udara dikurniakan oleh Tentera Darat A.S., lencana ini menggabungkan sayap penerjunan dan imej helikopter "Huey"

Gempur udara ialah gerakan pasukan tentera darat melalui pesawat perlepasan dan pendaratan menegak (VTOL)—seperti helikopter—untuk menawan dan mempertahankan kawasan penting yang belum terjamin sepenuhnya, dan bertempur secara langsung dengan pasukan musuh didalam garisan mereka.[1] Selain daripada latihan regular infantri, unit gempur udara biasanya menerima latihan penurunan pantas melalui tali dan pengangkutan udara, dan peralatan mereka kadangkala direka atau diubah suai bagi membolehkan pengangkutan yang lebih baik didalam pesawat.

Manual perang Tentera Darat AS FM 1-02 (FM 101-5-1) menyatakan "operasi gempur udara" sebagai satu operasi pasukan gempur (tempur, khidmat tempur, dan bantuan khidmat tempur), menggunakan kuasa tembakan, mobiliti, dan jumlah integrasi aset-aset helikopter, maneuver di medan pertempuran dibawah penguasaan komander maneuver darat atau udara untuk menyerang dan memusnahkan tentera musuh atau menawan dan mempertahankan kawasan penting didalam garisan musuh.[2]

Disebabkan sekatan beban pengangkutan helikopter, pasukan gempur udara biasanya terdiri infantri ringan, namun beberapa kenderaan tempur berperisai, seperti BMD-1 Rusia telah direka untuk dimuatkan kedalam helikopter angkut berat, yang membolehkan pasukan gempur menggabungkan mobiliti udara dengan jenis tertentu kenderaan darat. Kebiasaannya anggota gempur bergantung tinggi pada bantuan tembakan udara yang disediakan oleh helikopter bersenjata atau pesawat kepak kaku yang mengiringi VTOL.

Gempur udara tidak boleh dikelirukan dengan penyerangan udara, serangan udara, atau serbuan udara, yang semuanya merujuk kepada penyerangan menggunakan pesawat (sebagai contoh pengeboman, strafing, dll). Selain itu, gempur udara tidak boleh dikelirukan dengan serangan hantaran udara, yang berlaku apabila askar payung terjun, bersama senjata dan bekalan mereka, digugurkan oleh payung terjun dari pesawat pengangkut, kerap dikenali sebagai sebahagian daripada operasi penyerangan strategik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Arthur, Max, There Shall Be Wings, Hodder and Stoughton, 1994, ISBN 0-340-60386-0
  • Scales, Robert H. & Scales, Jr., Robert H., Certain Victory: The U.S. Army in the Gulf War, Brassey's, 1994

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Burns, Richard R. Pathfinder: First In, Last Out. New York: Ballantine Books, 2002. ISBN 0804116024

Pautan luar[sunting | sunting sumber]