Gending Sriwijaya (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gending Sriwijaya
PengarahHanung Bramantyo
Penulis
Dihasilkan oleh
Dibintangi
  • Agus Kuncoro
  • Sahrul Gunawan
  • Julia Perez
  • Mathias Muchus
  • Slamet Rahardjo
  • Jajang C. Noer
  • Hafshary
SinematografiRahmat Syaiful
Disunting oleh
  • Cesa David
  • Luckmansyah
  • Ryan Purwoko
Muzik olehDjaduk Ferianto
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
  • Rapi Films & Putaar Production
Tarikh tayangan
  • 8 Januari 2013
Masa tayangan
2 jam 18 minit
Negara

Gending Sriwijaya merupakan filem fiksyen sejarah epik Indonesia yang diterbitkan pada 2013. Filem ini adalah arahan Hanung Bramantyo dengan kerjasama Pemerintah Provinsi Sumatra Selatan dan merupakan projek keduanya selepas filem Pengejar Angin.[1] Filem ini diinspirasikan dari lagu dan tarian tradisional kebudayaan Palembang, Sumatra Selatan.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Nusantara pada abad 16, iaitu tiga abad selepas keruntuhan Sriwijaya, muncul kerajaan-kerajaan kecil yang saling berebut kekuasaan. Kedatuan Bukit Jerai, ialah kerajaan kecil yang dipimpin oleh Dapunta Hyang Mahawangsa dengan permaisurinya Ratu Kalimanyang. Mereka memiliki dua orang putera, iaitu Awang Kencana dan Purnama Kelana. Dapunta Hyang yang sudah tua, memilih Purnama Kelana sebagai penggantinya kerana menganggap Purnama memiliki kemampuan intelektual yang tinggi, cerdas dan lebih berwawasan berbanding abangnya, Awang Kencana yang hanya menggunakan kemampuan fizikal melalui peperangan.

Awang Kencana yang mengetahui rencana itu sangat kecewa dan menjebak Purnama. Malah menfitnah Purnama yang membunuh Dapunta. Purnama ditangkap oleh Awang dan dimasukkan ke dalam penjara. Di penjara, dia dibantu oleh para tabib dan sahabat-sahabatnya, berjaya dibebaskan. Malangnya pasukan Awang mengejar Purnama, memerangkapnya di lereng tebing, menyebabkan Purnama jatuh di jurang, tercebur ke dalam sungai dan dibawa arus deras. Pasukan Awang menganggap Purnama telah mati.

Sebaliknya, Purnama diselamatkan oleh Malini, anak perempuan Ki Goblek. Ki Goblek ialah pemimpin sekumpulan perompak. Ki Goblek yang bernama asli Kendra Kenya ialah Temenggung di Kedatuan Bukit Jerai. Sekitar 30 tahun sebelum itu, Ki Goblek pernah membantu Dapunta muda dalam merebut kekuasaan di Kedatuan Bukit Jerai. Akibat pengkhianatan, Dapunta membuat Ki Goblek lari ke hutan, menyebabkan dia menyimpan dendam dan membentuk kelompok perompak yang menghantui Bukit Jerai.

Setelah meninggalnya Dapunta Hyang Mahawangsa, Awang dinobatkan sebagai raja di Kedatuan Bukit Jerai. Awang memerintahkan untuk membasmi kelompok perompak Ki Goblek. Kelompok perompak berjaya ditumpaskan dan Ki Goblek mati dibunuh. Hanya tertinggal Purnama, Malini dan lapan orang perempuan yang terdiri daripada penenun songket dan janda para perompak yang memiliki kemampuan seni bela diri.

Sepuluh orang itu kemudian menyiapkan serangan balas ke pusat Kedatuan Bukit Jerai. Mereka menyusup dan merebut takhta Kedatuan Bukit Jerai.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Sebenarnya Gending Sriwijaya merupakan tarian yang berasal dari tanah Sriwijaya yang menjadi latar belakang filem ini, namun kurang diceritakan lebih terperinci hanya sekedar penampilan sesaat saja melalui perkenalan tarian yang dimaksud untuk menjaga seni dan budaya Sriwijaya agar tetap lestari. Satu lagi, kisah tentang 8 wanita para Gending Sriwijaya yang diketuai oleh Malini melakukan penyerangan ke Kedatuan Bukit Jerai untuk melakukan balas dendam akibat penyerangan Pasukan kerajaan ke markas mereka.

Salah seorang pelakonnya, Julia Perez banyak melakukan aksi lawan tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri lain.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]